{Sharing}
Pada awalnya, saya tidak tahu yang saya ada penyakit tiriod. Badan berpeluh-peluh dan panas walaupun dlm keadaan sejuk dan duduk bilik berhawa dingin dengan suhu 16 -17 darja Celcius.
Saya kerap terasa haus yang amat sangat. 3 liter air sekejapan je saya boleh habiskan. Makan tak usah cakap, makan berapa banyak pun, tubuh saya semakin susut. Rambut semakin menipis banyak yang gugur.
Saya kerap sembelit. Dari berat 68kg, I lost 55kg! Sungguh mengejutkan. Hasil ujian darah mendapati T4 dan T3 sgt tinggi banding paras normal.
Selepas kes saya dirujuk kepada Dr. Razak Samsudin di Puteri Specialist, baru doktor kesan saya penghidap hipertiroid dari 2003 hingga 2012. Lama kan?
Bermulalah rutin harian saya mengambil carbimazole n propanolol tanpa henti. Sampai Dr. Razak further study ke Ireland selama setahun sudah balik pun saya masih sambung rawatan dengannya.
Selepas dari itu, saya baru mengkaji serba sedikit, tentang apa itu tiriod.
Apa itu TIROID?
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ia berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.
Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan, terutamanya berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Penyakit Tiroid terbahagi kepada 2 jenis:-
i) Hipertiroidisme/ Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme
i) Hipertiroidisme
Berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 lebih tinggi daripada normal.
Antara penyebab Hipertiroidisme ialah:
- Grave's Disease - Antibodi dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya, pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak) - Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic Nodule Goitre - Kandungan iodin terlalu tinggi tinggi dalam makanan.
20 Simptom Tiroid Jenis Hipertiroidisme:
1- Bengkak di leher
2- Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
3- Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
4- Gementar dan gelisah, terketar2
5- Turun berat badan (walau selera naik)
6- Kesuburan menurun
7- Kurang Fokus
8- Mata menjadi besar (bulging)
9- Osteoporosis
10- Pengeluaran peluh yang banyak
11- Suhu badan naik, tak tahan panas
12- Rambut tidak kuat
13- Sukar bernafas,
14- Sukar tidur
15- Angin yang tidak menentu
16- Tekanan darah naik
17- Hipotiroidism
18- Kejang Otot
19- Cirit Birit
20- Lemah
ii) Hipotiroidism
Hipotiroidism merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ia disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Ia boleh meningkatkan risiko Obesiti, penyakit jantung dan kemurungan jika tidak dirawat
10 Simptom Tiroid Jenis Hipotiroidism:
1- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika haid
2- Kesukaran menurunkan berat badan walau melakukan pelbagai jenis senaman.
3- Masalah rambut kasar, kering & mudah putus.
4- Penambahan berat badan walaupun dengan senaman dan diet.
5- Kemurungan atau kegelisahan
6- Sembelit teruk
7- Kulit menjadi kasar dan berkuping
8- Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.
9- Faktor Genetik
10- Cepat letih
Jika terdapat simptom-sipmtom di atas pada diri anda, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Antara suplemen yg sesuai adalah;
- B-Complex, Ostematrix, Vitamin C, Vitamin E & Zinc
Jika anda berminat dan ingin mengetahui berkenaan mana-mana produk Shaklee,boleh menghubungi saya di 017 7001749 (Fiza)
- Izzah Razak
http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
No comments:
Post a Comment