❦❦ Apa itu Strok/ Angin Ahmar? ❦❦
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan di mana berlaku penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen.
Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Antara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2001 terdapat 20 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
❦❦ Faktor Risiko Menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar ❦❦
3 Faktor Risiko Penyumbang Strok/ Angin Ahmar TIDAK BOLEH UBAHSUAI:
1- Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
2- Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
3- Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
9 Faktor Risiko BOLEH UBAHSUAI Mendapat strok/Angin Ahmar:
1- Berat badan berlebihan
2- Tekanan Darah Tinggi
3- Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
4- Paras kolesterol tinggi
5- Merokok
6- Diabetis
7- Cara hidup tidak aktif
8- Stress
9- Minuman keras - minum minuman keras berlebihan
❦❦ 7 Gejala Strok/ Angin Ahmar ❦❦
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
1- Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
2- Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
3- Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
4- Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
5- Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
6- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
7- Sukar menelan
❦❦ 5 Rawatan Strok/ Angin Ahmar ❦❦
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
1- Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
2- Dirawat dengan pemberian ubat (jika perlu)
3- Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
4- Mulakan rawatan pemulihan/ rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian (ADL)
5- Nasihat amalan pemakanan sihat (pemakanan kurang lemak, lebih sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambahan vitamin atau suplemen)
Bolehkah saya mengelak dari serangan strok/angin ahmar?
Ya!
❦❦ 8 Langkah Kawal Strok/Angin Ahmar ❦❦
1- Kawal tekanan darah
2- Kawal tahap Kolesterol
3- Kawal penyakit Diabetes
5- Berhenti merokok
6- Kerap bersenam
4- Amalkan pemakanan sihat (ingat pencegahan lebih baik dari rawatan!)
7- Tangani tekanan mental
8- Kurangkan pengambilan minuman keras
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh itu, kita perlu peka tentang kesihatan dan jangan menganggapnya sesuatu yang remeh. Nikmat kesihatan adalah kekayaan yang sebenar!
Jaga pemakanan, amalan gaya hidup sihat dan jangan "kedekut" mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membeli makanan tambahan atau vitamin yang dapat mengelakkan kita mengalami penyakit ini.
Cegah Stroke@Angin Ahmar dengan Suplemen Shaklee.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk ini, dan bagaimana produk ini bertindak, sila sms saya di 017 7001749 (fiza)
http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
No comments:
Post a Comment