Tuesday, November 26, 2013

Wanita & Keguguran Makota

Wanita dan rambut tak dapat dipisahkan. Rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita. Tidak kiralah kalau bertudung atau tidak wanita sentiasa inginkan rambut yang cantik dan yang paling penting tidak gugur.

Dalam kaji selidik pengguna peringkat global, mendedahkan bahawa masalah keguguran rambut merupakan satu daripada lima kebimbangan tertinggi di dunia.

Di Malaysia, masalah keguguran rambut ialah masalah nombor satu yang dihadapi oleh wanita. Kebimbangan mengenai masalah ini tidak terhad kepada wanita yang lebih tua tetapi juga yang berumur belasan tahun.

Para penyelidik perubatan mengatakan bahawa faktor-faktor keguguran rambut antara lelaki dan wanita adalah berbeza.

------------------------
5 Faktor Keguguran Rambut Wanita:
================

1) Diet
====
Wanita yang berdiet secara melampau akan menyebabkan badan mereka kekurangan banyak nutrien penting. Cara diet yang tidak betul di mana banyak kehilangan nutrisi.

Pada kadar ini, rambut juga akan gugur dengan banyak kerana kekurangan protein yang diperlukan oleh sel rambut untuk berfungsi.

2) Fasa Haid, Menopaus 
===========
Pengambilan pil pencegah hamil dan pemberhentian pengambilan pil itu atau wanita yang mengalami menopaus akan mula menghadapi ketidakseimbangan hormon.

Semasa kedatangan haid, saluran rambut dan folikel mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi akibat gangguan aliran “makanan” pada seluruh badan.

3) Bebanan Kerja
=========
Wanita bekerjaya sering menghadapi tekanan. Ini menjadikan mereka resah dan gelisah, bukan sahaja gelisah malah mengganggu peredaran darah yang biasa dan menyebabkan kulit kepala merembeskan jumlah minyak yang banyak.

Tekanan juga menyebabkan uban pramasa.

4) Sindrom Selepas Bersalin
============
Selepas bersalin, jumlah kehilangan darah yang banyak menyebabkan peredaran darah dan hormon hilang keseimbangan. 3-5 bulan selepas bersalin, keguguran rambut boleh mencapai 30% kerana gangguan dan penyesuaian semula yang berlaku dalam badan.

5) Keturunan
=======
Wanita juga boleh mendapat keguguran rambut akibat keturunan. Apabila umur wanita semakin meningkat, perembesan hormonnya juga akan mula menurun. Sekiranya jika ibu bapa serta saudara-maranya mengalami masalah keguguran rambut, dia berkemungkinan mengalami keguguran rambut pramasa juga.

Tetapi jangan risau dengan pemilihan makanan yang betul dapat mencegah keguguran rambut. Selain itu pengambilan vitamin juga boleh membantu kerana kandungan zat dalam sebiji vitamin begitu banyak.

---------------------------------------------
9 Makanan Bantu (jika pengambilan adalah cukup):
=========================

1) Telur & Daging Ayam
--------------
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

2) Tauge
-----
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

3) Sayuran Hijau
-------------
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

5) Buah-buahan Segar
------------------
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

6) Gandum
---------
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin.

Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

7) Air Masak
------------
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


8) Makanan Laut
---------------
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

9) Salmon
---------
Salmon merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Bukan itu sahaja, bagi yg berminat pula untuk mendapatkan supplements rambut, di sini Shaklee menawarkan set untuk mengatasi masalah keguguran rambut iaitu :

<3 Vitalea (multivitamin dan multimineral)
<3 B Complex
<3 Zinc Complex
<3 Vita-C
<3 Vita-E

Berikut pula adalah set penjagaan rambut Shaklee yang bebas kimia dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi:

Untuk keguguran rambut:
1. Revitalizing Shampoo
2. Lightweight Conditioner
3. Nourishing Scalp Treatment 

(note: Set ni boleh digunakan secara harian)

Untuk rambut berkelemumur, gugur, bercabang, rosak dan berminyak:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni utk kegunaan 1-2 kali seminggu..bukan harian)

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal.




- Izzah Razak
   SID : 881907
   fb Page: http://facebook.com/pages/sunnahsuperstore/
 

No comments:

Post a Comment