Aku Sebiji Telur
Bagi peminat
telur, tahukah anda sebiji telur kaya dengan khasiat, ibarat sebiji
MULTIVITAMIN? Jika masih kabur-kabur, silalah baca info di bawah. Mana tahu ia
berguna untuk anda. Tidak rugi apa-apa pun, baca info selanjutnya jika anda ingin tahu.
1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata
(makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam
telur.
2. Telur mengelakkan penyakit katarak mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin
(sejenis karotenoid)
3. Sebiji telur mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi
dan 9 keperluan asid amino.
4. Menurut kajian Harvard Medical School, tiada sebarang
kaitan berkanaan pengambilan telur dengan penyakit jantung. Pengambilan telur
secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan jantung.
5. Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang
membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.
6. Telur terdiri daripada lemak baik. Sebiji telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5
gram lemak tepu.
7. Kajian terbaru menyangkal kepercayaan bahawa telur
penyebab kolestrol tinggi. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tidak akan
menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.
8. Telur adalah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D semulajadi.
9. Telur juga berkemungkinan membantu dan menghalang kanser
payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam
biji telur seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.
10. Kandungan sulfur, vitamin dan mineral yang tinggi
dalam sebiji telur menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.
--------------
9 Rahsia Telur
--------------
1- Telur boleh dijadikan
salah satu menu sarapan alternatif bagi yang
sering sibuk. Ini kerana telur boleh memberi rasa kenyang lebih lama.
2- Kajian yang dilakukan di Rochester Centre of Obesity Amerika
Syarikat, sarapan dengan 2 biji telur rebus membekalkan sekitar 400 kalori
sepanjang hari.
3- Bagi wanita hamil, 1 biji telur berukuran sederhana mengandungi
sekitar 250 mg choline, zat penting yang diperlukan dalam perkembangan otak
janin dalam kandungan. Pengambilan 550mg choline setiap hari oleh wanita hamil akan
melahirkan bayi yang mempunyai daya ingatan yang lebih kuat.
4- Bahagian yang sering disebut-sebut dan dikhuatiri mengandungi
kolesterol yang tinggi, iaitui kuning
telur. Kuning telur juga mempunyai zat yang sangat penting, sejenis
karotenoid penting iaitu lutein . Jika diambil secara teratur, lutein dapat meningkatkan
kesihatan mata dan mencegah pelbagai jenis kebutaan akibat proses penuaan.
5- Asalkan tidak diambil berlebihan, kandungan kolesterol dalam
kuning telur tidak akan membahayakan jantung dan pembuluh darah.
Sebaliknya,kandungan lemak baik, iaitu Omega 3 yang tinggi memperbaiki peredaran darah dengan mencegah
penggumpalan darah dan meningkatkan fungsi otak secara keseluruhan.
6- Agar kulit tidak cepat kedut, wanita memerlukan zat protein sebanyak
45 gram sehari, sementara lelaki memerlukan sebanyak 55 gram sehari. Telur ayam
yang berukuran sederhana mengandung 8 gram protein, 2 butir telur dapat memenuhi
lebih dari sepertiga dari keperluan protein pada wanita dan hampir sepertiga keperluan
protein pada lelaki.
Wanita yang mengambil minimum 6 biji seminggu boleh menurunkan
risiko kanser payudara sebanyak 44 %.
7- Putih telur boleh digunakan untuk menegangkan kulit wajah, gunakan
telur sebagai masker. Caranya, ambil putih telur, dadar sehingga berbuih dan
disapu pada wajah. Rehatkan selama 15 - 30 minit dan disidahi dengan bilasan
air suam.
8- Madu dan minyak zaitun juga boleh ditambah sebagai campuran
masker. Campuran satu sudu kecil minyak zaitun dan madu dengan putih telur. Kacau
rata dan disapukan pada kulit wajah sampai leher. Rehatkan selama 10-15 minit dan
disudahi degan bilasan air.
9- Telur berkhasiat menegangkan pori-pori wajah sementara madu
dan minyak zaitun berfungsi sebagai pelembap, anti bakteri yang boleh membasmi
jerawat, serta anti oksidan yang membuat kulit lebih cerah.
tkiu dik. nice info sharing. telur ni khasiat byk. kt kene pndai2 la kontrol pemakanan. hehe cam gula la juge. :D
ReplyDeleteeratuku