Wednesday, November 6, 2013

6 RAHSIA - BAHAYA KURANG TIDUR


                            


                                


1. Keinginan Kunyah Makanan Berlemak Meningkat  |  Kurang tidur boleh melenyapkan hormon yang mengatur nafsu makan. Akibatnya, keinginan menikmati makanan tinggi lemak dan karbohidrat meningkat, sehingga menyebabkan keinginan makanan kalori tinggi.  

Jika selama 2 malam tidur anda tidak berkualiti, ini dapat menimbulkan rasa lapar berlebihan. Keadaan ini terjadi karena merangsang peningkatan hormon ghrelin, hormon penambah nafsu makan, dan mengurangkan hormon leptin sebagai penekan nafsu makan. 

2. Peningkatan Hormon Stress  |  Kajian yang dilakukan Universiti Chicago menunjukkan bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan pertumbuhan kortisol atau hormon stress. 

Bahkan pada petang dan malam dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah dan glukosa darah sehingga boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2. 

3. Lemah Antibodi  |  Mereka yang tidur kurang dari 7 jam semalaman boleh menahan rasa sejuk 3 kali lebih tinggi. Kajian lain mendapati, lelaki yang kurang tidur akan mengalami kegagalan menjaga respon imun atau kekebalan tubuh secara normal setelah menerima suntikan flu.  

Mereka yang kurang tidur, antibodi yang bekerja setelah suntikan vaksinasi hanya mampu bertahan paling lama 10 hari. Keadaan ini sangat berbahaya. Perbaiki kualiti tidur, maka kekebalan tubuh anda akan meningkat. 

4. Menimbulkan Pelbagai Penyakit  | Tidak menghairan, penyakit kronik seperti arthritis boleh terjadi apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.  

5. Risiko Kanser Lebih Tinggi | Senaman membantu mencegah kanser, tetapi terlalu sedikit memejamkan mata dapat merusak efek pelindungnya. Para atlit yang tidur 7 jam atau kurang semalaman memiliki kemungkinan menghidapi kanser 50% daripada mereka yang rutin melakukan senaman dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.  

Ini kerana kualiti tidur yang buruk menyebabkan gangguan metabolisme hormon dan dikaitkan dengan risiko kanser, dan boleh 'menghapus' manfaat senaman tersebut. 

6. Tampak lebih tua | Mereka yang kurang tidur biasanya memiliki kulit yang pucat dan wajah lesu. Lebih buruk lagi, peningkatan kadar kortisol memperlambatkan pertumbuhan kolagen yang mengakibatkan kedutan. 


Jadual Aktiviti & Rehat Tubuh 
**********************************
1. Jam 21.00 – 23.00  |  Waktu penyingkiran toksin pada bahagian sistem antibodi. Pada waktu ini sebaiknya dilalui dengan suasana tenang atau mendengar muzik. 
  
2. Jam 23.00 – 01.00  |   Saat proses penyingkiran toksin pada bagian hati, Aktiviti ini harus dilalui  dalam keadaan tidur nyenyak. 

3. Jam 01.00 – 03.00  |  Proses pembersihan toksin pada bahagian hempedu, masih dalam keadaan tidur nyenyak. 

4. Jam 03.00 – 05.00  |  Proses penyingkiran toksin di bahagian paru-paru. Pada wakti ini  akan terjadi batuk kuat bagi penderita batuk. Kerana proses pembersihan toksin telah sampai pada saluran pernafasan, maka tak perlu mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan kotoran. 

Alangkah baik kita bangun dan menghirup udara subuh, kerana masih bersih dan belum tercemari, hal ini di contohkan oleh Rasulullah SAW untuk bangun bagi mengerjakan solat sunat tahajud. 

5. Pagi Jam 05.00 – 07.00 : Pembersihan di bahagian usus besar. Ini merupakan waktu terbaik untuk system pelawasan iaitu pembuangan air kecil dan besar. 

6. Pagi Jam 07.00 – 09.00 : Waktu penyerapan nutrisi / zat makanan bagi usus kecil, waktu terbaik untuk pengambilan sarapan. Bagi orang yang sakit sebaiknya makan lebih awal pagi aitu sebelum jam 06:30.  

Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan, waktu sarapan terbaik adalah sebelum jam 07:30 Jika sebelum ini anda jarang sarapan pagi, segeralah mengubah tabiat ini. Sarapan pagi membantu tubuh menjadi sihat. 

7. Tidur lewat malam dan bangun lewat pagi akan mengganggu proses pembuangan toksik. Selain itu, dari tengah malam hingga Jam 04.00 subuh hening adalah waktu penghasilan darah bagi sumsum tulang belakang. 


- Izzah Razak
  http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

No comments:

Post a Comment