Terdapat beberapa salah tanggapan orang ramai dalam mencapai TARGET menurunkan berat badan:
----------------------------
----------------------------
1- Terlalu Kerap Timbang
================
Seseorang yang ingin menurunkan berat badan kadangkala terlalu ‘obses’ dengan nombor pada alat penimbang. Ini sebenarnya boleh ‘membantutkan’ seseorang yang berazam menurunkan berat badan.
Berat badan bukanlah kayu ukur kepada kesihatan anda. Berat badan yang ditimbang dengan alat penimbnag tidak membezakan berat otot, air, lemak dan makanan dalam perut anda.
Jika anda terlalu kerap menimbang berat badan, anda akan menjadi lebih cepat kecewa jika mendapati berat badan anda tidak turun atau turun dengan jumlah yang amat sedikit atau lebih buruk lagi berat badan anda bertambah pula.
---------------------------

2- Produk ‘rendah lemak’
================
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan produk ini baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk ini berkalori tinggi kerana kandungan gula yang tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk melazatkan produk tersebut.
Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak omega 3 dari ikan amat baik untuk menurunkan berat badan.
-----------------------------------------

3- Turun Berat Hanya Dengan Senaman
====================
Senaman merupakan salah satu aktiviti yang boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan yang berlebihan. Namun, senaman semata-mata tanpa menjaga pengawalan pemakanan akan menjadi sia-sia.
Cuba bayangkan apabila kita berenang, sememangnya akan berasa lapar kerana berenang menggunakan banyak tenaga. Pembakaran kalori semasa berenang bukan bermakna kita tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jadi, untuk mempercepatkan menurunkan berat haruslah seiring dengan kawalan pemakanan seharian.
-------------------

4- Minuman ‘diet’.
=========
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ akan mengakibatkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah.
Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, USA mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ akan menghadapi sehingga 70% peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa.
Dalam kajian yang sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41% untuk penggemar minuman ‘diet’ ini. Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ ini akan meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut telah penuh.
Minum air yang ditapis adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan.
----------------

5- Terlalu Yakin
=======
Terlalu yakin dengan kemampuan diri untuk berdiet dan mengikut seratus peratus pemakanan sihat sepanjang masa. Sikap seperti ini akan menyebabkan anda menjadi cepat kecewa bila ter’lanjur’ makan makanan tidak sihat.
Sebagai manusia biasa akan ada masanya , kita gagal melawan nafsu makan dan ‘termakan’ makanan yang tidak sihat, janganlah kecewa. Peruntukan 20% dalam jumlah makanan anda untuk sesekali ‘termakan’ makanan yang kurang sihat dan pastikan dalam 80% corak pemakanan anda adalah pemakanan yang sihat.
Bersikap ‘moderate’ seperti ini akan memastikan berat badan yang sihat kekal lebih lama dan lebih praktikal dalam kehidupan seharian.
Walaupun terlebih makan adalah di antara punca berat badan berlebihan, perlakuan makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan akan menyebabkan anda menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan (malnutrisi).
Jika anda terlalu kerap berlapar, maka badan anda akan berubah kepada ‘mode kebuluran’ (starvation mode). Metabolisma badan akan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit akan disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ anda menjadi kecut.
Apabila anda tidak mampu meneruskan ‘berdiet’ yang melampau seperti ini, maka anda akan mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah-tambah dan semuanya akan menjadi lemak.
Berat badan anda akan bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya. Akhirnya , anda berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan dan anda akan gagal menurunkan berat badan anda.

6- Terlalu Cepat Putus Asa
==============
Jangan cepat berputus asa sekiranya anda gagal semasa percubaan pertama. Percayalah dengan usaha dan kaedah yang betul anda akan dapat menurunkan berat badan anda dan seterusnya mendapat kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

- Izzah Razak
fb Page : Sunnah Superstore
SID : 881907
Whatssap : 017 7001749
No comments:
Post a Comment