Saturday, November 9, 2013

KANSER PAYUDARA PEMBUNUH NO# 2 WANITA


*******************************************
Menyebut kanser payudara ia tidak terlepas dari pandangan setiap wanita. Manakan tidak kanser payudara adalah pembunuh No# 2 di dunia pada ketika ini.

Kanser payudara juga tidak mengenal usia, muda atau tua berisiko untuk ‘diserang’ olehnya.

Amat penting untuk setiap wanita khususnya memeriksa dan meneliti setiap tanda-tanda kanser payudara pada diri masing-masing.

ღღ 4 Tanda-Tanda Barah Payudara ღღ

1. Ketulan dalam payu dara  |  Ini adalah tanda PALING LAZIM didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payudara. Ketulan itu tidak menimbulkan rasa sakit dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Kadang kala ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payudara. Lazimnya, ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant).

Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat perubahan pada kulit payudara  |  Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d’orange) yang berlubang kecil.
3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah keluar dari puting payudara.
4. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya.

Perubahan bentuk payudara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payudaranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan LEBIH AWAL.

Kaum wanita boleh melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjutan bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Jaga kesihatan diri anda sebaik-baiknya. Amalkan pemakanan yang seimbang dan jangan sebarangan makan. Kanser payudara tidak mengenal siapa anda.

Bersama-sama kita mencegah kanser dari menyerang diri kita dengan mengamalkan makanan kesihatan yang mempunyai fungsi MENGUATKAN SISTEM IMUNITI BADAN.

Bagi sesiapa yang berminat mengetahui makanan kesihatan yang dapat mencegah kanser ini dan KONSULTASI PERCUMA dari saya, sila hubungi atau sms 017 7002749 (Pn Izzah)



- Izzah Razak
   http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

No comments:

Post a Comment