Sunday, November 10, 2013

ASTIGMATISM a.k.a RABUN SILAU

" Issshh!! Mana peginya spek nih..adooiii masa nihlah dia leh hilang pulak..Td ada jek letak atas meja nih.." Sambil garu2 kepala yg tak gatal,mulut membebel cari spek. "Camane nk drive mlm2 kalo tak pakai cermin mata. Dah la ada rabun silau."



Memang susah jika "teropong" atau hilang cermin mata kan?  :)  Sebab itulah ‘MATA’ kedua kita selain dari mata yg Allah cipta paling sempurna untuk kita melihat dan menikmati keindahan alam.  Dunia gelap gelita tanpanya.

Walau buta sekalipun Allah jadikan hati sebagai penerang mata. Setuju ke setuju?

Tengok orang yang cacat pengelihatan di luar sana tu. Sungguhpun dia buta, Allah beri dia “mata hati” kedua untuk dia mendengar,merasa sesuatu dgn gerak hati yang halus.

Ada emosi, rasa marah, simpati, kasihan walaupun dia tak boleh nampak keadaan sekelilingnya.

Orang bercinta pun dari mata turun ke hati, dari hati dtglah ‘sayang hihihi.. ヅ

Selain rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri,Dr. Rozita Ahmad,

2 faktor rabun silau;
1. Berpunca dari astigmatism
2. Jangkitan pada mata dan keradangan

Astigmatism  |  Berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada SEMUA JARAK. Ia disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila ini berlaku, menyebabkan pesakit melihat imej dengan tidak jelas dan objek menjadi kabur atau "pecah" terutama cahaya pada waktu malam.

Astigmatism yang sedikit atau kurang dari 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan. Namun, jika lebih, ini akan mengakibatkan pesakit mengalami sakit kepala, mata berair dan letih dan silau yang kronik.

Pembetulan kornea harus dilakukan dengan pemakaian cermin mata khusus untuk mengelakkan silau atau penggunaan kanta sentuh khas.

Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukan satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.

Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.

Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology - iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.

Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata.

-----------------------------------------------------------

Tapi kos pembedahan Lasik bukanlah murah. Tanya Prof Dr.Muhaya berapa kos kalo nk buat pembedahan LASIK untuk sepasang mata kalo umur sekian-sekian. Mau kena ada wang beribu-ribu ringgit kan?

Jadi, perlihara kesihatan mata sedari awal lagi. Pendidikan yang betul dan cara pencegahan dan perawatan awal dapat membantu mengurangkan masalah rabun.

Dengan pengambilan makanan yang berkhasiat di samping pengambilan natural based supplement juga banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.

Dengan pengambilan Carotomax yang mengandungi 6 variasi karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan, dapat mengekalkan konsentrasi beta karotena dalam darah,seterusnya memelihara kesihatan mata, kulit seterusnya mencegah kanser.






Hanya 1 biji sahaja , 2 kali sehari diamalkan selepas makan membantu memelihara kesihatan mata anda dgn sempurna. In Shaa Allah.

Testimoni 1


Testimoni 2


Kita hanya berikhtiar, Allah SWT yang berkuasa atas segalanya.

Hidup utk memberi manfaat kepada org lain

Untuk pembelian sebarang produk Shaklee sila hubungi

-Nor Razfizah-
SID- 881907
017 7001749
FB : Izzah Razak
Page : http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

No comments:

Post a Comment