Wednesday, November 20, 2013

9 Keajaiban Secawan Teh-O

 


Minuman ‘teh tarik’ amat popular sebagai minuman harian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Teh banyak ditanam di kawasan tanah tinggi di seluruh dunia.

Terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hitam, teh hijau, teh putih dan lain-lain. Nama saintifik tumbuhan teh ini adalah ‘Camella sinensis’ yang menjadi asas kepada semua jenis teh.

Perbezaan rasa dan khasiat teh bergantung kepada tanah tempat ia ditanam, ketinggian tanah, cuaca, dan proses penghasilannya.

1- Teh tidak mengandungi sebarang zat mineral, vitamin, protein, karbohidrat, garam, kolestrol atau lemak. Kandungan kalorinya juga amat rendah iaitu hanya 2 kalori setiap 237 gram. Ia juga mengandungi kafein. 

2- Kandungan antioksidan yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid (theaflavin, epicatechin, epigallocatechin, epigallocatechin-3-gallate) yang memberikan teh khasiat kesihatan yang baik.

3- Kajian menunjukkan teh hijau mengandungi kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hitam. Antioksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh manusia. Menurut kajian oleh Dr J.Weissburger dari Institut of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi antioksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kajian beliau juga menunjukkan polifenol dalam teh mampu mencegah kerosakkan DNA akibat daripada merokok dan bahan kimia lain.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan apabila teh dicampur dengan susu atau krimer, maka kesan antioksidan akan berkurangan. Oleh itu, lebih baik minum teh ‘O’ dari teh tarik.

4- Untuk mendapat faedah kesihatan lebih baik, minuman teh tanpa gula lebih digalakkan seperti minuman ‘teh cina’. Walaupun terdapat kajian mendapati tiada faedah kesihatan yang baik dengan minum teh tetapi terdapat lebih banyak kajian mendapati sebaliknya.

5- Lebih banyak kajian sains menunjukkan, jika seseorang minum teh setiap hari, dapat menurunkan risiko serangan kanser, serangan jantung, darah tinggi, strok serta menurunkan paras kolesterol LDL dan Alzheimer.
6- Menurut analisis statistik, dengan minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat serangan jantung sehingga 11 peratus.

Kandungan antioksidan dalam teh dipercayai menurunkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok dengan menurunkan paras kolesterol, stres oksidatif dan meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah. Teh boleh mencegah masalah pengerasan saluran darah (atheroslcerosis) dan menurunkan paras trigliseride (lemak).

7- Minum teh dapat mencegah kanser kerana antioksidan dalam teh akan melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu, ia boleh menurunkan risiko mendapat kanser paru-paru, ovari, mulut, kulit, pankreas, rektal dan usus. 

8- Satu kajian ke atas perokok yang diberi minum teh hijau yang dinyah kafein sebanyak empat cawan setiap hari, mendapati terdapat 31 peratus penurunan kerosakan DNA akibat merokok berbanding perokok diberi minum air kosong saja.

Pada tahun 1998, satu kajian dibuat ke atas pesakit kanser payu dara tahap I dan II di Jepun. Mereka diberikan minuman lima cawan teh hijau setiap hari selepas didiagnos mendapat kanser ini. Pesakit ini menjalani rawatan yang sepatutnya di hospital. Hasil kajian ini mendapati kanser payudara mereka tidak berulang dan tempoh bebas kanser adalah lebih panjang. 

9- Kajian kepada 81,093 wanita yang minum teh setiap hari mengurangkan risiko sehingga 8% mendapat batu karang buah pinggang manakala ke atas 46,289 lelaki mendapati penurunan risiko sehingga 14% mendapat masalah yang sama.

Yang mana satu teh Idaman Kalbu? <3

Izzah Razak
Page : Sunnah Superstore
SID : 881907
Whatssap : 017 7001749

No comments:

Post a Comment