Thursday, November 14, 2013

WANITA DAN KANSER



 -----------------
KANSER RAHIM 
----------------

Kanser rahim adalah kanser yang kedua paling penting di dalam organ reproduktif wanita selepas kanser pangkal rahim. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi.

Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Di negara-negara Barat seperti Amerika, Kanser Rahim adalah kanser wanita yang paling utama selepas kanser payudara.

Di Malaysia insiden kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi.

Ia didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa
Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu.

----------------------------
APA ITU KANSER RAHIM
?
--------------------------
                                


Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan.

Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah).

Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu

i) Selaput dinding rahim (endometrium)
ii) Dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu:

a. Kanser Endometrium - Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim
b. Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) - Kanser yang berasal dari otot dinding rahim
c. Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”) - Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim
d. ”Endometrial stromal sarcoma” - Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim

- Izzah Razak

Untuk Pertanyaan dan pesanan, hubungi saya <3
(✿◠‿◠) SID 881907
Anda tahu pilihan terbaik untuk diri anda~
Page : Sunnah Superstore
SMS/WhatsApp : 017 7001749

No comments:

Post a Comment