Monday, November 4, 2013

6 TIPS RENCATKAN SEL-SEL KANSER



Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam tubuh badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia berganda sehingga tahap bilangan billion. 

Setiap individu BERISIKO. Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Di bawah ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :

1) GULA merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia,manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan gula.

2) Kurangkan kekerapan minuman kafein tinggi seperti KOPI, TEH dan COKLAT. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong, ambil minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.

3) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang BERASID. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah langkah bijak.

Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.

4) Makanan tambahan seperti ANTIOKSIDA, RESVERATROL, VITAMIN dan MINERAL mampu meningkatkan sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan boleh menghapuskan sel-sel kanser.

VITAMIN E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

5) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran segar, kekacang dan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih BERALKALI.

6) SENAMAN secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.


Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. MINDA PROAKTIF dan POSITIF membantu melawan penyakit kanser.

Sikap negatif seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan berasid.

<3<3 Sayangi Diri Sendiri Untuk Menjaga Insan Yang kita Sayangi <3

Maafkan semua yang lain.


- Izzah Razak
  http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

No comments:

Post a Comment