Saturday, November 16, 2013

MIGRAIN

Bagi mereka yang tidak pernah mengalami migraine mungkin menganggapnya sesuatu yang biasa. Hanya mereka yang pernah menghadapinya sahaja tahu betapa peritnya sakit dari MIGRAINE ini.

Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

---------------
Apa itu Migrain?
--------------

Ia merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik. Kira-kira 12 peratus golongan dewasa di negara ini menghidapi migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid.

Apabila migrain menyerang, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebabnya.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius.

Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i) Migrain yang wujud bersama aura
ii) Migrain tanpa aura.

Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit.

Gejala Migrain Dengan Aura:
- pandangan menjadi kabur
- nampak garisan seperti zig-zag
- gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik.
- Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang
- Pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu (keadaan kronik). Keadaan ini dikenali sebagai skotoma.
- kebas sebelah tangan
- lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan.

Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura.

Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

-------------------
Serangan migrain
------------------

- 40% migrain dialami di seluruh kepala
- 40% bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala
- 20% lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

---------------
Gejala Migrain
---------------
Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali.

Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain.

Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.





- Izzah Razak

No comments:

Post a Comment