Friday, November 1, 2013

10 TABIAT CEPAT TUA

1. Menonton TV  |    Kita semua tahu bahawa menonton televisyen selama berjam-jam mendatangkan kesan buruk kepada lingkaran pinggang. Tetapi tabiat ini juga boleh memendekkan jangka hayat anda.

Kajian dari University of Queensland menemui bahawa setiap jam yang anda habiskan di menonton  televisyen memendekkan umur anda sebanyak 22 minit. Kajian lebih lanjut juga mendapati bahawa menonton TV meningkatkan risiko penyakit Alzheimer.


2. Gula   |    Pengambilan gula terlalu banyak mendatangkan keburukan untuk lingkar pinggang kita. Namun, pengambilan gula yang tinggi juga boleh yang menghasilkan kedutan pada kulit.

Kandungan gula yang tinggi dalam darah mengakibatkan proses bernama “glikasi” merosakkan kolagen dalam kulit.


3. Pemanas  |    Kita menghabiskan wang membeli produk anti-penuaan, tapi kita sering membuat kulit cepat tua tanpa disadari. Pemanas dan pendingin hawa yang kita gunakan boleh mengeringkan kulit dengan cepat seterusnya menyebabkan penuaan awal dan kedutan.

Rendahkan suhu pemanas, menggunakan pakaian pelapis agar lebih hangat. Menyimpan segelas air dalam ruangan juga dapat membantu menambah kelembapan udara. Menggunakan krim wajah untuk mencegah kekeringan. 


4. Pekerjaan   |    Meski mempunyai pekerjaan merupakan kemestian bagi sebahagian dari kita, ia juga salah satu penyebab penuaan awal. Pertama, pekerjaan adalah sumber stres bagi kebanyakan orang, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan pempercepatkan penuaan sel.

Kedua, menghabiskan terlalu banyak waktu di tempat kerja mengurangkan waktu senaman, makan makanan sihat dan tidur. Untuk mengurangkan risiko, hindari waktu kerja yang terlalu panjang dan manfaatkan waktu malam untuk bersantai. 


5. Minum Menggunakan Penyedut Minuman   | Anda mungkin tahu, apa yang anda minum memengaruhi penampilan anda, tetapi anda mungkin terkejut bahawa minuman mempengaruhi umur anda.

Kenyataannya, minum menggunakan penyedut minuman dan secara langsung dari botol menyebabkan menghasilkan kedutan di sekitar bahagian mulut (sama seperti merokok). Cuba minum terus dari gelas untuk menghindar kedutan.


6. Mendengar Muzik Berbunyi Kuat  |    Kehilangan pendengaran adalah gejala umum penuaan, tetapi sebagian dari kita kehilangan pendengaran akibat daripada mendengarkan muzik yang telalu kuat melalui “headphone”.

Meskipun mendengar muzik dengan bunyi yang sederhana tidak menimbulkan kerosakan yang parah, sebuah kajian menunjukkan bahawa mendengarkan muzik dapat mempengaruhi pendengaran untuk sementara waktu. Sementara kajian lain mengatakan mendengar muzik yang terlalu kuat menyebabkan kerosakan pendengaran kekal. 


7. Terlalu Sedikit (atau Banyak) Senaman   |    Kekurangan senaman bukan hanya memendekkan umur, malah menambah risiko kegemukan dan sakit jantung. Senaman juga mencegah penyakit Alzheimer, meningkatkan mood dan tetap bertenaga.

Senaman meningkatkan peredaran darah ke kulit dan membuat anda tetap bercahaya dan tampak muda. Sebaliknya, terlalu kerap bersenam mengakibatkan sendi menjadi kaku dan menambah risiko radang sendi.


8. Sarung Bantal   | Jika anda sering tidur dengan salah satu sisi wajah yang sama, ini bisa menyebakan penambahan garis wajah dan kedutan.

Untuk tetap tampak muda, cuba tidur telentang atau mengganti sarung bantal dengan sutera atau satin untuk mengurangkan tekanan pada wajah dan menjaga kelembapan kulit wajah.


9. Sabun  |   Pasti ramai yang beranggapan bahawa sabun adalah “teman terbaik kulit”. Anggapan ini sama sekali tidak benar. Alasannya adalah, kulit mempunyai lapisan asid yang bertindak sebagai pelindung semulajadi.

Ketika anda membersihkan kulit menggunakan sabun yang umumnya mengandungi alkali, ini akan membuang lapisan pelindung yang mengandungi minyak tersebut dan seterusnya mengeringkan kulit. Akhirnya, kulit akan mongering dan berkedut.

Beralih kepada penggunaan sabun dengan PH-netral dan tanpa bahan kimia. Perlu diingat, jangan berlebihan membersihkan kulit.


10. Diet Rendah Lemak   |   Kebanyakan dari kita beralih kepada diet rendah lemak untuk mengurangi berat badan. Tetapi mengurangkan makan seperti lemak sihat Omega-3 memberi kesan negatif dan membuat anda cepat tua.


Omega-3 terdapat dalam minyak ikan, dan biji-bijian. Ia bukan hanya penting untuk menjaga kulit agar kekal anjal dan bebas kedutan, malah penting untuk kesihatan otak dan mengekalkan jantung dalam keadaan sihat dan juga memanjangkan umur anda.

- Izzah Razak
   http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

No comments:

Post a Comment