Gejala kembung perut sering dikaitkan dengan pengambilan makanan yang cepat membuat gas, sehingga membuat perut "penuh". Namun sama ada disedari atau tidak, ada beberapa kebiasaan yang mengakibatkan perut kembung.
5 Tabiat Elak Kembung:
1. Mengunyah Gula-Gula Tiruan | Gula-gula atau manisan dan makanan lain yang mengandungi pemanis tiruan seperti sorbitol yang tidak mudah dicerna oleh perut boleh mengakibatkan perut kembung.
2. Makan Cepat | Ketika anda makan dengan terburu-buru, anda turut menelan banyak udara yang dapat menyebabkan gas di dalam perut. Kunyahlah makanan dengan baik, dengan mulut tertutup. Minumlah terus dari gelas, bukan dengan alat penyedut minuman. Hindari aktiviti fizikal yang terlalu berat ketika baru saja selepas makan.
3. Intoleransi Laktosa | Intolerenasi laktosa (sensitif terhadap gula yang terkandung dalam susu) serta malabsorbsi fruktosa (sensitif terhadap fruktosa, sejenis gula yang terkandung dalam jus buah, gula putih dan sirap jagung tinggi fruktosa). Oleh itu, segera dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa yang lebih tepat.
4. Stres | Hormon stres akan mempercepat semua sistem di dalam tubuh, termasuk sistem pencernaan. Hal itu akan membuat perut menghasilkan banyak gas yang menyebabkan kembung. Maka, ketika anda sudah mula merasa cemas, cubalah untuk berfikir hal-hal yang dapat menenangkan fikiran.
5. Sayuran Mentah | Sayuran mentah yang dimakan adalah sukar dicerna oleh tubuh sehingga mengakibatkan perut kembung. Tubuh akan lebih mudah mencern sayuran yang sudah dimasak terlebih dahulu dan anda terhindar dari gangguan perut kembung.
- Izzah Razak
http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
No comments:
Post a Comment