Thursday, October 24, 2013

 
Noreen Noor Meninggal Dunia
*******************************

9 Fakta Sakit Jantung:
===============

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelakon dan penyanyi popular Noreen Noor yang baru berusia 54 tahun, meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.





1) RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga yang beranggapan mereka tidak akan berhadapan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.

2) Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun diberikan secara PERCUMA.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

3) Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah sehingga menimbulkan rasa sakit apabila penyakit sampai ke tahap serius.

4) Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.

5) Bagaimanapun, kita perlu lebih berwaspada dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda-tanda di bawah:

- Sakit belakang.
- Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- Darah keluar bersama-sama air kencing.
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
- Bengkak pada pergelangan kaki.


Semua gejala di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kegagalan buah pinggang. Kebisaannya, gejala di atas dianggap biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

6) Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, air berlebihan dan sisa buangan dari badan. Bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal, sehingga mencecah RM300,000!

7) Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh mengakibatkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

8) Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

9) Antara amalan pencegahan kegagalan buah pinggang adalah:

- Berhenti merokok.
- Pemakanan seimbang.
- Kekalkan berat badan ideal.
- Minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.
- Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.

Kita menghantar kereta untuk dibaiki dan servis secara berkala, tetapi sejauh manakah kita mengambil berat tentang `enjin` kita yang satu-satunya ini untuk meneruskan hayat kita? Fikirkanlah!

Sayangi Jantung anda dengan Omega, Vita E, Lecithin & Garlic.

Happy To Help
Inbox/ SMS to 017 7001749
Fb : http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore





No comments:

Post a Comment