Sunday, October 27, 2013

Rahsia Kekacang

Kelebihan 8 Jenis KEKACANG Kepada Sistem Tubuh.

                   


“Jerawat??  Aaaa ..tak nak !!”
“Takpelah. Saya tak makan kacang. Takut susuk (jerawat) saya keluar.”

Inilah antara dialog kebanyakan wanita di luar sana terutamanya gadis apabila disua apa-apa jenis kekacang. Terutamanya kekacang jenis kacang tanah. Terdapat pelbagai pelbagai jenis kacang untuk dinikmati; kacang hijau, kacang dhal, kacang badam, kacang cerdik (pistachio) hihi..:) (makan kacang cerdik ni gerenti boleh strike A+) , in shaa Allah.

Ada lagi satu jenis kacang, kacang kuda..snek yang sangat enak dan sihat terutama dinikmati dalam bentuk kacang rebus. Boleh berlari kencang sepantas kuda..hihi..:)

Mitos menyatakan bahawa kacang adalah punca utama jerawat menyebabkan ramai wanita takut untuk menjamahnya. Ketakutan bertambah berikutan yang menyebarkan “auta” bahawa pengambilan kekacang meningkatkan kadar kolestrol dalam tubuh.

Namun, tahukah anda aneka jenis kekacang mampu meningkatkan kadar kolestrol dalam badan dan menyumbang pelbagai nutrisi yang tidak pernah anda duga?

Kajian sains membuktikan bahawa kekacang kaya dengan pelbagai sumber nutrisi utama yang diperlukan tubuh. Berikut adalah  senarai kekacang yang boleh anda nikmati untuk memperolehi khasiat tambahan yang ada di dalamnya:



  
1.  Pecan

Kacang pecan ini boleh didapati dalam bentuk mentah. Lazimnya ia digunakan sebagai bahan sampingan di dalam biskut. Ia berkhasiat membantu merendahkan tahap kolestrol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa pengambilan kacang pecan ini mampu membantu mencegah penyakit alzheimer dan parkinson.




 2. Pistachio

Ramai yang gemar menikmati kacang ini begitu sahaja kerana keenakan rasanya. Kacang ini juga dikenali segabai kacang cerdik di utara semenanjung. Kacang ini membekalkan karbohidrat,  Vitamin A dan beta karotena, potassium, zat besi, magnesium, thiamin, Vitamin B6 kepada tubuh. 

Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh dan memberikan kelegaan kepada tubuh yang letih.  Ia juga berperanan dalam membantu tubuh mengawal hypertension dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan (sress). 



3. Hazel

Kacang hazel juga adalah antara kekacang yang popular. Ia juga sering dijadikan bahan utama dalam pembuatan pastri dan coklat. Kacang ini bukan sahaja enak dinikmati tetapi turut memberikan menafaat pada tubuh.

Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu sistem pencernaan anda berjalan lancar. Selain itu, ia bermanfaat membina kekuatan tulang dan gigi seterusnya membantu mencegah risiko serangan kanser. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin ( Vitamin B1), phytosterol, magnesium, dan beta-sitosterol.





4.  Walnut
Anda penggemar walnut? Kacang walnut memang lazat terutamanya jika dinikmati bersama coklat. Ia mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku. Walnut juga berperanan mengurangkan kegatalan atau radang pada kulit. 

Selain itu, menikmati kacang walnut juga mampu membantu melahirkan rasa tenang dan santai pada tubuh terutamanya di waktu stress.



5. Macadamia 

Kacang ini mengandungi lemak tak tepu, fostorus, Vitamin B6,  thiamin (Vitamin B1), magnesium, phytosterol dan fiber yang tinggi. Ia berperanan membantu melancarkan sistem penghadaman dan bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Kacang macadamia juga di antara makanan yang membekalkan tenaga segera kepada tubuh dan turut membantu melindungi sel darah dari serangan kanser.




6. Kacang Brazil 


Walaupun kacang brazil ini tidak begitu popular di kalangan penggemar kacang, tetapi ia kaya dengan khasiat fosforus, zink, magnesium, selenium, zat besi, thiamin (Vitamin B1) dan Vitamin E. Kacang brazil ini merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia. Selain itu kacang brazil juga membantu menguatkan gigi dan tulang.



7. Kacang Badam

Kacang badam adalah antara kekacang yang bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Ia kaya dengan kandungan magnesium, riboflavin (Vitamin B2), Vitamin E, fosforus, beta-sitosterol dan phytosterol. Antara manfaat kacang badam ini adalah ia membantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan membantu menguatkan tulang dan gigi.




8. Gajus
Kacang gajus kaya dengan zat besi, magnesium, protein, karbohidrat, fosforus, Vitamin K dan phystosterol. Ia bertindak sebagai antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman. Kacang gajus juga bermanfaat membantu mengekalkan kesihatan kulit, kuku, rambut dan melindungi jantung.


Hujung minggu ni makan kacang best juga, kan? Tambahan pula ia boleh menjadi perada stress selepas Belanjawan 2014 dibentangkan semalam. Jangan stress, stress...stress je kudap kacang. Lebih bagus daripada makan "fast food" yang tidak sihat seperti burger, "french fries" yang tinggi kalori dan lemak tepu yang memudaratkan tubuh.


Vitamin B Penting Menjana Kesihatan yang baik

Adakah tubuh anda menyerap vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru, Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet yang sihat.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 





Saya sekeluarga suka kudap kacang cerdik. Kalau pesan tempeyek, saya pilih tempeyek kacang dhal. Anda pula suka makan kacang apa? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah :)


- Izzah Razak
   fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

No comments:

Post a Comment