Siapa yang tertahan akan godaannya, lebih-lebih lagi di saat perasaan LAPAR melanda? Meskipun sekadar rencah yang sederhana, aromanya yang menggoyang selera terlalu sayang untuk dilepaskan.
Antara kelebihan lain makanan ini, praktis, mudah didapati dan mudah disediakan di mana jua.
Padahal mi ini tak bersahabat baik dengan tubuh. Terutama bagi kanak-kanak dalam proses pertumbuhan, mi segera malah disebut sebagai penghalang penyerapan nutrisi dari makanan lain.
Tak hanya itu, mi segera juga tak mampu menggantikan nutrisi yang diperlukankan oleh tubuh. Hanya sekadar memberi rasa kenyang sahaja. Terlalu banyak mengambil makanan cepat dihidang ini juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang disebabkan kandungan garam yang tinggi.
4 EFEK LAMPAU MI SEGERA:
1) Menggangu Metabolisme
*******************
Makan mi segera dalam jangka panjang disebut mengganggu metabolisme tubuh. Ini kerana pengumpulan zat-zat kimia berbahaya seperti pewarna makanan dan pengawet mi.
Misalnya kandungan propilen glikol, formula yang berfungsi sebagai pengawet, antimikrob sebagai penahan lembab, yang mudah diserap tubuh. Pengumpulan ini yang dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh.
2) Alahan
*****
Bukan rahsia kalau mi segera mengandungi monosodium glutamate (MSG). Kandungan ini yang menyebabkan Anda kecanduan. Kandungan MSG tinggi juga mengakibatkan nyeri di bagian dada, munculnya kemerahan di areal wajah, dan sakit kepala.
3) Obesiti
*****
Mi segera mengandungi karbohidrat dengan kadar gula yang tinggi penyebab obesitas. Tak hanya itu, mi segera juga mengandungi sejumlah lemak dan garam yang menyebabkan tubuh resisten pada penyerapan air.
4) Sembelit
******
Mi segera memang mengandungi karbohidrat, namun rendah dari segi nutrisi dan serat yang boleh mengganggu sistem pencernaan. Makan mi segera juga mengakibatkan perut kembung dan sembelit.
~ Izzah Razak
No comments:
Post a Comment