===============
Hitam sering dipandang lebih rendah dari putih. Tapi, fakta sebaliknya bagi kandungan nutrisi makanan berwarna hitam.
Malah, sumber makanan berwarna gelap biasanya mengandungi antioksidan lebih tinggi yang sangat baik untuk menurunkan risiko diabetes, penyakit jantung, dan kanser.
Buah yang berwarna hitam memiliki lebih banyak antioksidan karena makin gelap warnanya, makin tinggi pigmen yang berasal dari antosianin.
Apa saja "si hitam" yang menyihatkan :
1. Beras hitam | Tidak dapat dinafikan bahawa beras merah amat baik untuk kesihatan. Namun beras hitam sebenarnya jauh lebih baik lagi kerana ia mengandungi vitamin E yang tinggi.
Rutin mengamalkan makan beras hitam akan meningkatkan sistem imun tubuh dan melindungi sel dari bahaya radikal bebas. Beras hitam juga mengandungi antioksidan antosianin lebih tinggi dibanding blueberi.
2. Lentil Hitam | Kelompok Lentil hitam kaya akan zat besi. Satu cawan black lentil mengandungi 8 mg zat besi, hampir separuh dari diet harian yang dianjurkan, 18 mg per hari untuk perempuan.
Lentil juga kaya dengan serat larut yang dapat menurunkan kolesterol dan meningkatkan fungsi imun.
3. Blackberry | Polifenol yang ditemui dalam buah beri hitam ini diketahui mampu mencegah penurunan fungsi kognitif yang terjadi disebabkan penuaan.
Polifenol bekerja membersihkan sel-sel yang mengganggu fungsi otak. Buah ini juga kaya akan serat.
4. Teh Hitam | Teh hijau dan teh putih lebih terkenal dalam hal kesihatan. Padahal, teh hitam juga tak kurang khasiatnya. Teh ini mengandungi teaflavins, antioksidan yang bermanfaat mempercepat penyembuhan kesakitan pada otot selepas olahraga.
Minum teh hitam juga menurunkan risiko serangan jantung.
5. Kacang hitam | Kulit berwarna hitam yang menyelimuti kacang ini sarat akan bioflavonoid, nutrisi dari tanaman yang mampu melawan kanser.
6. Coklat Hitam | Penelitian yang dipublikasi di Journal of the American Medical Association menyatakan bahawa coklat hitam mengandungi bahan yang disebut polifenol. Dalam ujikaji pada haiwan, polifenol terbukti menurunkan tekanan darah.
Coklat hitam juga dipercayai dapat melindungi tubuh dari serangan jantung dan strok.
7. Kacang Soya Hitam | Kajian oleh ilmuwan dari Korea menemui bahawa pemanakan kacang soya hitam secara teratur dapat mencegah risiko trombosis, pembekuan darah yang boleh mengakibatkan kematian.
Kacang soya hitam juga mengandungi asid alpha linoleat, jenis asid omega-3 yang mengurangkan risiko penyakit jantung.
~ Izzah Razak
No comments:
Post a Comment