Tuesday, October 29, 2013

UBAT Vs SUPPLEMENT

PERBEZAAN UBAT DAN SUPLEMEN
=======================



Terdapat perbezaan antara ubat dan suplemen.

Ubat hanya dimakan oleh orang yang sakit dan memberikan kemudaratan pada orang yang sihat. Sementara suplemen boleh digunakan oleh kedua-dua golongan orang yang sakit dan orang yang sihat. Jadi pastikan yang kita ambil itu jatuh dalam kategori ubat atau suplemen.

Oleh kerana terlalu banyak ubat dan suplemen di pasaran yang dijual samada di hospital, klinik, farmasi atau secara online, sebagai orang Islam harus berhati-hati. Bahan-bahan yang digunakan mestilah halal.

Dalam keadaan tertentu di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan.

Tetapi pengecualian ini tidak tertakluk pada suplemen kerana suplemen bukanlah ubat yang sangat diperlukan merawat penyakit. Suplemen hanya membantu seseorang untuk menjadi lebih sihat dan membantu proses penyembuhan penyakit.

Kredit: Dr Zubaidi

- Izzah Razak
 fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

No comments:

Post a Comment