Senyuman yang cerah dengan deretan gigi putih dan rapi akan membuat seseorang terlihat lebih menarik. Menggosok gigi secara rutin saja ternyata tidak mencukupi untuk membuat gigi kekal putih dan sihat. Kenali faktor yang merosakkan senyum anda.
1. Sport Drink | Minuman ini semakin popular, tetapi jika anda mengidamkan gigi putih sebaiknya menghindarinya. Kajian menunjukkan kadar keasidan yang sangat tinggi menyebabkan kerosakan gigi. Selain itu, kandungan gula dalam minuman ini menjadi makanan bagi bakteria yang menghasilkan asid pada gigi.
2. Diabetes | Diabetes boleh mengurangkan kemampuan tubuh melawan jangkitan sehingga penderita diabetes lebih mudah menderita penyakit gusi. Memantau kadar gula darah serta rutin membersihkan gigi dapat mencegahnya.
3. Rokok | Merokok bukan hanya membuat gigi menjadi kuning tapi juga merosakkan gusi. Tar dalam rokok diketahui akan memicu pembentukan lapisan melekat pada gigi yang boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria.
4. Waktu Menggosok Tidak Tepat | Meski menggosok gigi selepas makan sangat digalakkan, tetapi sebaiknya anda menunggu satu (1) jam untuk menggosok gigi setelah memenikmati minuman atau makanan dengan kandungan asid tinggi, seperti kopi, buah, soda, atau wine.
5. Makanan Manis | Gula-gula dan makanan manis sememangnya merosakkan gigi, namun asid yang dihasilkan saat kita mengecap gula mengakibatkan enamel gigi lebih tipis dan berisiko gigi berlubang. Untuk mencegahnya, segera berkumur dengan air setiap kali habis menikmati makanan manis.
6. Minuman Panas | Kopi dan juga teh mengandung tanin yang meninggalkan noda pada gigi. Kawal meminum minuman tersebut dan minum lebih banyak air putih. Menambahkan susu ke dalam minuman anda dapat membantu meneutralkan asid.
7. Softdrink | Minuman ini mengandung gula sangat tinggi sehingga jika sering diminum boleh mengakibatkan gigi berlubang, gigi tanggal, serta kesan kehitaman pada gigi. Apabila anda sangat ingin minum soda, sebaiknya gunakan penyedut minuman dan segera berkumur dengan air putih untuk meneutralkan asid di dalam mulut.
8. Pil Pelangsing | Sama seperti ubat-ubatan lain, pil pelangsing juga menyebabkan pengaliran air liur berkurang sehingga mengakibatkan mulut lebih kering dan berisiko tinggi menderita sakit gusi, gigi berlubang, dan rasa tidak selesa.
9. Diet Ketat | Diet ketat dan pola makan yang buruk akan membuat tubuh kekurangan vitamin dan nutrisi yang diperlukan. Demi menjaga kesihatan gigi dan mulut, penuhi keperluan vitamin B, folat, protein, kalsium, dan vitamin C.
10. Arak | Waspadalah para pencinta arak kerana kebiasaan minum arak memberi kesan buruk kepada enamel gigi. Kandungan asid dalam arak diketahui dapat melarutkan struktur gigi dan merubah warna gigi.
- Izzah Razak
fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
No comments:
Post a Comment