Saiful : Man, jom weekend nie join kitaorang main futsal ?
Man : Takpelah Pul, korang pergi lah.. aku letih, minggu nie sibuk sangat, weekend nie aku nak tidur lebih sikit lah & nak lepak-lepak di rumah je.
Sering kah kita mendengar keluhan begini dari rakan sekerja? Rasa letih dan lesu walaupun mendapatkan tidur yang secukupnya dan tanpa sebab yang jelas.
Jangan pandang mudah jika anda rasa penat yang berpanjangan atau cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.
9 TIPS TINGKATKAN TENAGA SEGERA
1. Cara Bernafas Yang Betul
Kebanyakkan kita “malas” bernafas. Guna teknik bernafas yang betul, sedut udara dari hidung (dalam kiraan 10), tahan (dalam kiraan 10), dan keluarkan melalui mulut; pastikan perut anda "kembung" semasa menarik nafas dan rasakan udara yang masuk ke dalam tubuh badan anda
2. Tidur Yang Cukup
Orang dewasa memerlukan tidur 7-8 jam sehari. Tidur seawal bagi memastikan hormon melatonin dirembeskan sepenuhnya. Melatonin berfungsi sebagai anti oksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas, meningkatkan imun sistem, mencegah kanser, dan yang paling best untuk awet muda.
Pastikan lampu anda dipadamkan semasa tidur agar penghasilan melatonin tidak terganggu.
3. Kurang Air Dalam Badan
Setiap orang perlukan 8 hingga 10 gelas air sehari (air masak atau air bertapis). Kekurangan air di dalam badan mengakibatkan kekurangan cecair dalam badan.
Fenomena ini akan menyebabkan tubuh badan kering serta keletihan
4. Pemakanan
Pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi, "skip" sarapan menyebabkan anda mengambil karbohidrat berlebihan semasa makan tengahari. Makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi dan kadar protein yang rendah menyebabkan keletihan.
Pastikan anda hanya mengambil segenggam nasi untuk makan tengahari, lebihkan sayur-sayuran serta pengambilan buah-buahan.
5. Senaman
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pelbagaikan aktiviti seperti jogging, brisk walk, hiking, bermain badminton dan lain-lain agar anda tidar berasa jemu untuk bersenam.
Ajak rakan-rakan dan keluarga untuk meningkatkan motivasi untuk bersenam. Lakukan secara berperingkat, mulakan dengan yang mudah dan tingkatkan. Waktu terbaik untuk bersenam adalah awal pagi.
6. Kawal Stress
Tekanan emosi yang berpanjangan dan tidak terkawal akan menjejaskan fizikal, kerap keletihan, sakit kepala, kurang selera makan, tidak aktif dan sering hendak tidur. Kenalpasti punca stress dan cara atasi.
7. Take a BREAK
Ambil 10-15 minit dari melakukan aktiviti sampingan yang anda suka seperti membaca buku, surat khabar, menikmati pemandangan, window shopping dan sebagainya.
8. Hadkan Pengambilan Kafein
Kafein mempunyai kesan menyahhidrat. Apabila bangun pagi, kita cenderung untuk menjadi dehidrasi kerana tidak meminum air selama beberapa jam.
Jika tidak mengambil apa-apa minuman yang lain, kopi boleh menyebabkan kesan dehidrasi menjadi lebih teruk dan mengurangkan tenaga. Kurangkan pengambilan secara berperingkat sehingga badan anda terbiasa dengan keadaan yang baru.
Gantikan minuman berkafein dengan pengambilan teh hijau yang boleh membantu meningkatkan tenaga.
9. Supplement
B complex & multivitamin membantu meredakan stress dan menambahkan tenaga.
Sharing is caring :)
- Izzah Razak
fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
No comments:
Post a Comment