Wednesday, October 30, 2013
8 RISIKO PENYAKIT BATU KARANG PADA LELAKI
1) Batu karang merupakan salah satu penyakit yang biasa ditemui. Ia boleh berlaku pada nisbah setiap seorang daripada 10 orang. Risiko untuk mendapat batu karang adalah 5-10% & kemungkinan seorang hingga 2 orang setiap 1,000 orang dalam populasi.
2) Kejadian batu karang kerap berlaku pada usia 30-50 tahun. Rata-rata pesakit batu karang adalah di kalangan lelaki. Berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Nisbah sebanyak 3 orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.
3) Masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka. Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih mudah obes dan gaya pemakanan yang tidak seimbang merupakan puncanya.
4) Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan penghidratan. Malah mereka juga kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat.
5) Saluran urin lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut. Gaya hidup perlu diubah ke arah yang lebih sihat tanpa mengira jantina.
6) Namun, kebelakangan ini bilangan wanita menghidap masalah ini turut bertambah disebabkan pemakanan mereka.
7) Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin & cuaca panas.
8) Pekerjaan yang kurang melibatkan pergerakan seperti kerja yang duduk di pejabat atau individu yang jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Jika kita benar-benar menyayangi diri kita dan amanah tubuh badan yang diberikan, pastikan pencegahan diambil awal dan bukan menunggu rawatan.
FREE CONSULTATION on vitamins & supplements.
Hubungi / sms saya di 017 7001749 (Fiza)
fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment