Tuesday, October 22, 2013

My Turning Point

Alhamdulilah, sekarang aku hidup bahagia di samping sebuah keluarga yang bahagia. Aku bahagia di samping suami dan anak-anak yang sangat ceria , aktif dan riang.

Tetapi kehidupanku suatu masa masa dahulu bukanlah seceria hari ini. Pada usia anakku setahun tiga bulan anakku disyakki menghidapi penyakit lelah. Semasa anakku diperiksa untuk pemeriksaan kesihatan berkala semasa usianya setahun lebih, nafasnya berbunyi kuat. Anakku disyakki menghidap asma. Petang itu juga kami dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan untuk pemeriksaan lanjut.

Sehari semalam aku dan anakku ditempatkan di wad pediatrik. Aku diarahkan untuk memberi gas bagi membantu pernafasan anakku setiap 2 jam sekali. Sudahlah anakku menangis setiap kali dikejutkan, semasa diberi gas pernafasan pun anakku tidak berhenti-henti menangis. Aku mengadu kepada jururawat, mereka memberitahu kesan sedutan gas tersebut lebih efektif sekiranya disedut dalam keadaan menangis kerana ini dapat membantu memecahkan lendir dan kahak supaya lebih cepat baik. Bayangkan, hati ibu mana yang dapat menahan kesedihan mendengar rintihan anak.

Boleh dikatakan saban minggu aku membawa anakku ke klinik untuk diperiksa. Belum sempat ubat minggu lepas dihabiskan, minggu ini aku pergi lagi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Bayangkan sebulan 4 kali bertukar ubat! Anakku mudah demam, tiada selera makan, susut berat badan dan pucat lesi. Aku juga berikhtiar dengan rawatan homeopati. Kata orang, rawatan cara ini lebih mudah baik. Akan tetapi kosnya jauh lebih tinggi. Ubat perlu ditukar setiap 2 hari!

Aku mengorbankan cuti tahunanku demi menjaga anakku di rumah. Aku tidak sampai hati untuk menghantarnya ke taska. Ramai kanak-kanak yang dijaga di sana. Mustahil anakku akan diberi perhatian yang "istimewa" berbanding kanak-kanak yang lain. Akibatnya, belum sempat hujung tahun, cuti tahunanku sudahpun habis. Aku semakin buntu.

Setiap penyakit ada penawarnya. Kita sebagai hambaNya mesti terus berusaha tanpa jemu. Pertemuanku dengan seorang hamba Allah ini membuahkan hasil. Aku memberanikan diri dan bertawakal untuk mencuba supplement yang dicadangkan. Alhamdulillah, selepas seminggu kesihatan anakku beransur baik. Selera makannya meningkat, wajahnya kembali kemerah-merahan, sikapnya semakin riang.

Aku bertambah yakin bahawa inilah penyelesaian yang aku cari selama ini. Aku bertekad di dalam hati untuk berkongsi dengan lebih ramai insan-insan di luar sana untuk mendapat kesihatan yang lebih sempurna dengan mengambil pemakanan tambahan atau "supplement" yang betul dan berasaskan sumber semulajadi.

Aku menjadi pembaca setia tentang kesihatan dan perubatan di media-media sosial dan elektronik. Aku sering menjadi rujukan sahabat-sahabat di tempat kerja bagi mencadangkan pemakanan dan ubat-ubatan yang sesuai untuk penyakit mereka dan anak-anak mereka.

Sekarang aku faham, apabila tubuh yang kurang sihat diberi pemakanan tambahan yang betul, ia dapat memperbetulkan sistem dalaman tubuh untuk kembali sihat. Sunnatullah. Tidak perlu mengambil ubat penahan sakit seperti p*****l (paracetamol) atau p*****n (mafenemic acid) yang boleh memudaratkan tubuh dalam jangkamasa panjang.

Kepada yang mementingkan kesihatan berasaskan bahan dan supplement semulajadi - Shaklee merupakan pilihan paling bijak.

Saya sedia berganding bahu membantu lebih ramai insan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan agar tidak teraniaya dan menjadi mangsa penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab.

Saya ingin membantu sesiapa sahaja yang tampil untuk memperbaiki tahap kesihatan mereka. Ingin memulakan perniagaan Shaklee dan ingin melakar kejayaan anda? Saya sedang mencari 5 oarng yang serius inginkan khidmat perundingan 100% PERCUMA dari saya.

Mungkin ANDA yang kami cari?

Hubungi / SMS : 017 7001749

Atau Like Fan Page saya: http://www.facebook.com/pages/SunnahSuperstore

Salam Penuh Keberkatan,

- Izzah Razak


No comments:

Post a Comment