Saturday, November 30, 2013

10 Rahsia Halia





1. Mengubati kanser Ovari
2. Mencegah kenser Usus Besar
3. Meredakan "Morning Sickness" di kalangan ibu mengandung
4. Mengurangkan sakit & radang
5. Melegakan Pedih Ulu Hati
6. Mencegah Diabetis
7. Melegakan Migraine
8. Melegakan Sunggugut
9. Mencegah selsema & kesejukan
10. Motion sickness remedy...

Friday, November 29, 2013

Akibat Silang Kaki


Akibat Silang Kaki..hihi 

Mesti pening bila tgk urat biru halus2 nih 'menyemak' kat kaki. Tak rasa sakit pun tapi malu jgk kalau ada 'kecacatan' mcm ni, betul tak? Mcmana kita nk hilangkannya ?



                              


----------------------------------------
Vena Varikos atau Urat Bersimpul
=======================

Pernah dengar tentang urat bersimpul?
Selalu tak kita nampak terutama kaki wanita ada timbul urat2 kaki kebiru-biruan atau urat timbul kasar2 kadang2 nampak bersimpul2 kat betis tu? 

Cuba check kaki masing2 Kalau-kalau ada? Hihihihii.

------------
Urat Membiru
=======
Vena verikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar.

Disebabkan itu, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Vena varikos sering berlaku di bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri.Mereka yang mengalami obesiti juga terdedah dengan masalah urat bersimpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.

--------------
Kesan urat simpul
=======

  • Mereka yang mengalami urat simpul ini akan merasa sakit dan tidak selesa serta sakit di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh.
  • Pesakit akan mengalami masalah kekejangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi akan mengalami masalah gatal-gatal pada kulit.
  • Pesakit juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah jika berdiri terlalu lama.
  • Kajian menunjukkan sebanyak 70% wanita mengandung mengalami masalah ini. Ini kerana, kehamilan meningkatkan aliran darah dalam tubuh, tapi sebaliknya mengurangkan aliran darah ke bahagian pelvis.
  • Perubahan pusingan darah ini untuk membantu perkembangan janin, namun pada satu aspek ia melebarkan vena di kaki. Varicose vein pada wanita mengandung memang akan menjadi lebih teruk pada penghujung kehamilan.
  • Selain mengandung, faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini ialah pekerjaan, umur dan berat badan. Lebih gemuk seseorang maka mudahlah verikos vena terhasil.
  • Pada peringkat awal, pesakit mungkin akan mengalami simptom seperti cepat penat, rasa berat dan sengal otot. Di peringkat akhir pula hingga boleh menyebabkan luka atau ulser pada urat tersebut.
----------------
Cara Elak
=========


Memang diakui wanita lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini, bagaimanapun ia boleh dielak dengan pemakaian stokin, penjagaan berat badan dan senaman yang berkala.

--------
Simptom
=====
- Merasa berat untuk bergerak di bahagian kaki
- Tidak boleh berdiri atau duduk untuk satu jangka masa panjang
- Kulit berubah warna
- Kulit mengelupas
- Ulser kulit
- Otot lemah
- Kulit gatal atau rengsa 

Jadi jumpalah doktor anda untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang cara mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

Salah satu cadangan yang disarankan oleh doktor dengan penggunaan stoking pada waktu malam. Bagaimanapun ia bukanlah stokin biasa.

Ia diperbuat daripada mesin berkualiti menggunakan teknologi canggih dari Jerman. 

Stokin yang dinamakan OPPO Compression Stocking ini berfungsi secara perlahan-lahan mengurangkan tekanan pada bahagian buku lali ke paha sekali gus meningkatkan aliran darah secara betul ke bahagian jantung. 

Ia diperbuat dari silikon dan getah khas untuk mengelakkan daripada bergumpal dan melucut ke bawah. Bagaimanapun pemakaiannya bergantung pada cadangan pakar terapi fisioterapi sama ada untuk perlindungan juga pencegahan.

Tapi kan kalau tak nak pakai stoking pun boleh jgk mkn suplemen yg disyorkan. 

 Vivix
 Vita-Lea
 Omega Guard
 Lecithin 

Kelebihan Suplemen:
ღ mengurangkan masalah vena varikos ini
ღ Dapat memperbaiki dan 
ღ Melancarkan peredaran darah yang terkumpul. 
ღ Menurunkan kecenderungan akibat pembekuan darah , bioflavonoid yang terdapat dalam Vitamin C juga boleh menggalakkan pemulihan dan mengurangkan lebam di sekitar kaki.

Untuk pembelian dan penghantaran hubungi
-Izzah Razak-
Whatssap 017 7001749
SID : 881907

Dapatkan harga istimewa dan konsultansi percuma dari saya
pengedar Shaklee yang sah.

Thursday, November 28, 2013

11 MAKANAN PENYEBAB KANSER

                                           


1) Makanan yang di BBQ

2) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

3) Makanan yang berkurangan serat.
Contoh : Roti putih. Badan kita memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.

4) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti kentang fries & wedges, kerepek.

5) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. 
Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

6) Nasi yang disimpan lama ( mengandungi aflatoksin ).

7) Roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lama (menyebabkan kanser hati).

 Kurangkan makanan-makanan yang bergula.

9) Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

10) Elakkan produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormon di mana Growth hormon ini menyokong kepada pengembangan kanser sel.

11) Elakkan memakan seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.


♥ Ubah sikit-sikit, lama-lama jadi banyak juga ♥

Wednesday, November 27, 2013

Hidup Sihat | 4 Golongan Manusia

Sebagaimana yang diketahui sesungguhnya menjaga kesihatan merupakan sebahagian dari tuntutan agama. Namun, ramai di kalangan kita yang mengabaikannya sehingga mereka ditimpa pelbagai penyakit kronik yang boleh membawa maut. 

Artikel kali ini saya ingin bermuhasabah tentang beberapa jenis golongan manusia dalam menjaga kesihatan.

Fokus utama ialah dua perkara asas untuk memperoleh fizikal yang sihat iaitu faktor bersenam atau bersukan dan faktor pemakanan. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup saya terdapat 4 golongan :

1) Golongan Sangat Cakna & Obses Menjaga Kesihatan  |  Mereka ini golongan yang sangat prihatin tentang cara untuk mendapat kesihatan yang sempurna.

Mereka menjaga pemakanan dan berpantang serta berusaha sedaya upaya menghindari makanan yang boleh memudaratkan seperti lemak, makanan berminyak dan berkolesterol tinggi.

Mereka juga menjadikan amalan bersenam sebagai rutin kehidupan mereka sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu. Mereka memilih untuk pergi ke gym atau beriadah di taman-taman awam, berenang, membersihkan halaman rumah, berkebun dan seumpamanya.

Tidak dinafikan amat sukar untuk meletakkan diri dalam golongan yang terbaik ini. Kebanyakan orang boleh istiqamah bersukan namun tewas dengan godaan pemakanan. Itulah saya : ). 

Tidak ramai yang mampu berada dalam kumpulan ini. Antara golongan dalam kumpulan ini ialah individu yang terlibat dengan sukan bina badan. Pemakanan mereka sangat ketat dan terbatas. Mereka juga amat berdisiplin dalam senaman kardio atau senaman pemberat untuk membina otot-otot badan.

2) Golongan ini istiqamah dalam bersukan sekurang-kurangnya 2-4 kali seminggu namun mereka kurang cakna dalam pemakanan  |  Golongan yang kedua ini lebih ramai daripada yang pertama. 

Mereka bersenam namun merembat apa sahaja makanan tanpa memperdulikan makanan yang masuk ke dalam perut. Kebanyakannya mengandungi lemak, minyak, gula dan garam berlebihan serta tinggi kolesterol. Asalkan halal dan lazat. 

Bukan senang hendak menjaga diet kerana budaya pemakanan orang melayu tidak menjurus kepada diet sihat. Menjadi kebiasaan sarapan dengan menjamah nasi lemak, nasi berlauk, roti canai ditambah pula dengan minuman manis seperti teh tarik. 

Minum petang pula dihidang dengan pisang goreng, keropok goreng atau cekodok. Namun golongan ini masih beruntung kerana ada juga ruang untuk mengimbangi  pemakanan negatif tersebut dengan melibatkan diri dengan aktiviti berpeluh seperti bersenam. 

Mudah-mudahan senaman akan dapat mengatasi tabiat buruk diet tanpa sempadan.

3) Golongan ini tidak bersenam, tidak suka bersukan dan tiada langsung aktiviti berpeluh |  Golongan yang ketiga tidak jauh beza dengan golongan kedua cuma tukar tabiat. 

Dengan kata lain mereka golongan ‘kaki bangku’. Walaupun mereka tidak bersukan namun keistimewaan golongan ini ialah mereka menjaga pemakanan.

Mereka cerewet dalam pemilihan makanan. Hanya makanan yang menyihatkan sahaja mereka sentuh dan dimasukkan ke dalam mulut.

Mereka juga senang berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan kerana tidak mudah tergoda dengan nafsu makan. Puasa juga menyumbang dalam memperoleh badan yang sihat. 

Golongan ini masih lagi dalam kumpulan yang selamat dan tahu nilai amanah menjaga kesihatan.

4) Golongan yang tidak menjaga amanah Allah dalam menjaga kesihatan. Tidak menjaga pemakanan dan langsung tidak bersenam | Golongan ini merupakan yang paling teruk. 

Semua jenis makanan dirembat tanpa bertapis. Golongan ini sesuai dinamakan dalam golongan ‘hidup untuk makan’ bukannya ‘makan untuk hidup’. Mereka juga tidak pernah bersenam dan langsung tiada aktiviti berpeluh.  

Malah menganggap semua itu hanya membuang masa. Nauzubillah. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan ini.

Tidak pelik atau tidak perlu terkejut kalau golongan ini akan berdepan dengan pelbagai penyakit kronik yang boleh mengundang maut seperti masalah jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Pepatah Arab yang terkenal menyatakan “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Sebelum kita ditimpa penyakit yang tidak diingini lebih baik berhati-hati.

Jika kita tidak mampu menempatkan diri kita ke dalam golongan terbaik iaitu golongan pertama, maka letakkanlah diri dalam golongan kedua atau ketiga. 

Jangan sekali-kali mengamalkan cara hidup golongan yang keempat kerana kita akan menyesal satu masa nanti bila disahkan oleh doktor menghindapi penyakit-penyakit tertentu.

Tanyalah diri sendiri. Muhasabah diri kita sendiri. 

Diri kita dalam golongan yang mana satu? 
Sekiranya Kumpulan 1, anda hebat. 
Kalau Kumpulan 2 & 3, anda selamat. 
Alangkah malangnya kalau diri anda dalam Kumpulan 4. 




-------------------------------------
ANDA BOLEH & MESTI BERUBAH.
===================
Fikirkan tentang isteri dan anak-anak. Sanggupkah anda menjadi punca isteri anda yang masih muda menjadi janda atau anak-anak yang masih kecil bertukar status kepada anak yatim.

Ajal maut sememangnya hak mutlak Allah namun semuanya akan mengikut asbab musabbab. Budaya amalan hidup sihat asbab umur panjang dan begitulah sebaliknya.

Bersama-sama kita berusaha untuk menjaga kesihatan agar dapat beribadat dengan lebih sempurna dan khusyuk. 

Wallahu A’lam.

Tuesday, November 26, 2013

Wanita & Keguguran Makota

Wanita dan rambut tak dapat dipisahkan. Rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita. Tidak kiralah kalau bertudung atau tidak wanita sentiasa inginkan rambut yang cantik dan yang paling penting tidak gugur.

Dalam kaji selidik pengguna peringkat global, mendedahkan bahawa masalah keguguran rambut merupakan satu daripada lima kebimbangan tertinggi di dunia.

Di Malaysia, masalah keguguran rambut ialah masalah nombor satu yang dihadapi oleh wanita. Kebimbangan mengenai masalah ini tidak terhad kepada wanita yang lebih tua tetapi juga yang berumur belasan tahun.

Para penyelidik perubatan mengatakan bahawa faktor-faktor keguguran rambut antara lelaki dan wanita adalah berbeza.

------------------------
5 Faktor Keguguran Rambut Wanita:
================

1) Diet
====
Wanita yang berdiet secara melampau akan menyebabkan badan mereka kekurangan banyak nutrien penting. Cara diet yang tidak betul di mana banyak kehilangan nutrisi.

Pada kadar ini, rambut juga akan gugur dengan banyak kerana kekurangan protein yang diperlukan oleh sel rambut untuk berfungsi.

2) Fasa Haid, Menopaus 
===========
Pengambilan pil pencegah hamil dan pemberhentian pengambilan pil itu atau wanita yang mengalami menopaus akan mula menghadapi ketidakseimbangan hormon.

Semasa kedatangan haid, saluran rambut dan folikel mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi akibat gangguan aliran “makanan” pada seluruh badan.

3) Bebanan Kerja
=========
Wanita bekerjaya sering menghadapi tekanan. Ini menjadikan mereka resah dan gelisah, bukan sahaja gelisah malah mengganggu peredaran darah yang biasa dan menyebabkan kulit kepala merembeskan jumlah minyak yang banyak.

Tekanan juga menyebabkan uban pramasa.

4) Sindrom Selepas Bersalin
============
Selepas bersalin, jumlah kehilangan darah yang banyak menyebabkan peredaran darah dan hormon hilang keseimbangan. 3-5 bulan selepas bersalin, keguguran rambut boleh mencapai 30% kerana gangguan dan penyesuaian semula yang berlaku dalam badan.

5) Keturunan
=======
Wanita juga boleh mendapat keguguran rambut akibat keturunan. Apabila umur wanita semakin meningkat, perembesan hormonnya juga akan mula menurun. Sekiranya jika ibu bapa serta saudara-maranya mengalami masalah keguguran rambut, dia berkemungkinan mengalami keguguran rambut pramasa juga.

Tetapi jangan risau dengan pemilihan makanan yang betul dapat mencegah keguguran rambut. Selain itu pengambilan vitamin juga boleh membantu kerana kandungan zat dalam sebiji vitamin begitu banyak.

---------------------------------------------
9 Makanan Bantu (jika pengambilan adalah cukup):
=========================

1) Telur & Daging Ayam
--------------
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

2) Tauge
-----
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

3) Sayuran Hijau
-------------
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

5) Buah-buahan Segar
------------------
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

6) Gandum
---------
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin.

Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

7) Air Masak
------------
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


8) Makanan Laut
---------------
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

9) Salmon
---------
Salmon merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Bukan itu sahaja, bagi yg berminat pula untuk mendapatkan supplements rambut, di sini Shaklee menawarkan set untuk mengatasi masalah keguguran rambut iaitu :

<3 Vitalea (multivitamin dan multimineral)
<3 B Complex
<3 Zinc Complex
<3 Vita-C
<3 Vita-E

Berikut pula adalah set penjagaan rambut Shaklee yang bebas kimia dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi:

Untuk keguguran rambut:
1. Revitalizing Shampoo
2. Lightweight Conditioner
3. Nourishing Scalp Treatment 

(note: Set ni boleh digunakan secara harian)

Untuk rambut berkelemumur, gugur, bercabang, rosak dan berminyak:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni utk kegunaan 1-2 kali seminggu..bukan harian)

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal.




- Izzah Razak
   SID : 881907
   fb Page: http://facebook.com/pages/sunnahsuperstore/
 

Monday, November 25, 2013

Kronologi Kejadian Tubuh Selepas Berhenti Merokok



 Selepas 20 minit- Tekanan darah anda akan menurun ke tahap Normal.
 Selepas 8 jam – kadar karbon monoksida (gas bertoksik) dala darah akan menurun ke tahap separuh & kadar oksigen kembalik ke tahap normal.
 Dalam 48 jam – Peluang anda menghidapi serangan jantung menurun. Semua kandungan nikotin akan keluar dari tubuh anda. Deria rasa dan bau akan kembali ke tahap normal. 
 Dalam 72 jam - tiub bronkiol anda akan relax dan paras tenaga anda akan meningkat.
 Dalam 2 minggu – peredaran darah anda akan meningkat, dan ini akan berterusan bertambah baik sehingga 10 tahun akan datang 
 Dalam 3 – 9 bulan – batuk, nafas berbunyi dan masalah pernafasan akan berkurangan disebabkan kapasiti jantung anda meningkat dalam 10%
 Dalam 1 tahun - Risiko anda menghidapi serangan jantung akan menurun pada kadar separuh.
 Dalam 5 tahun – Risiko anda menghidapi strok kembali kepada asal di mana anda tidak merokok.
 Dalam 10 tahun – Risiko menghidapi kanser peparu kembali asal seperti anda tidak merokok.
 Dalam 15 tahun – Risiko anda mendapat serangan jantung kembali asal seperti anda tidak merokok.

p/s: Ayuh bantu para suami dan individu yang merokok.

p/s/s : Kesian sel-sel badan terbakar menderita setiap hari..huhu

p/s/s: Banyak faedah berhenti merokok - lepas 20 minit pun dah ada kebaikannya, apatah lagi 20 tahun...kkaannn 

SHARE this to your friends...Baca & kongsikan dengan rakan-rakan, keluarga & saudara-mara anda JIKA anda sayangkan mereka.





✿ Testimoni Vivix 





Izzah Razak
Whatssap : 017 7001749
fb Page : http://www.facebook.com/pages/SunnahSuperstore/

Sunday, November 24, 2013

----------------------------
CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE ✿✿ 
----------------------------

Siapa yang belum pernah dengar pasal CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee.. Saya percaya pasti ramai yang tidak tahu kan yang Shaklee pun ada produk berasaskan Teh ni.

CINCH ENERGY TEA MIX ini termasuk dalam Set Kurus Shaklee..
kerana ia boleh membekalkan tenaga kepada yang tengah dalam proses diet yang sihat untuk kurus..

Saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX: ✿✿

Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan 
sebagai penggalak TENAGA semulajadi 
Pilihan alternatif terbaik sebagai gantian minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh. 
TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan. 
Antara ekstrak utama CINCH ENERGY TEA MIX: 
1) TAURINA
2) MATCHA GREEN TEA - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun 
3) RED TEA EXTRACT 
4) WHITE TEA - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum 5) ROOIBOS RED TEA- tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA) 

Tahukah kawan-kawan perbezaan Teh ini dengan teh-teh lain yang anda minum? - Kerana banyaknya ekstrak dalam minuman tea ini, mari kita tengok: 

Mari saya cerita fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini: 


1) 
TAURINA | 
* menggalakkan metabolisme 
* lebih bertenaga 
* larutkan lemak 
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak 

2) MATCHA GREEN TEA | 
* antioksida yang sangat tinggi 
* energy booster 
* metabolisme booster 
* bakar kalori up to 4x 


3) ROOIBOS RED TEA |
* melarutkan lemak 
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak 
* agen detox yang kuat 

4) WHITE TEA  | 
* membakar lemak-lemak berlebihan 
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu 
* men ingkatkan metabolisme 
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau. 

5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -pejuang kanser yang kuat 
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas 
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak 

CINCH ENERGY TEA MIX ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, malah ia : 
1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih) 
2) Antibakteria dan antiviral 
3) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi 
4) Mengurangkan kolestrol 
5) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis 
6) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya 
7) Menggalakkan kulit yang sihat 
 Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit 
9) Membantu melawan penyakit seperti asthma dengan mengembangkan saluran pernafasan 
10) Menguatkan tulang 

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni? ...Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan 

Pengambilan CINCH ENERGY CINCH TEA MIX amat-amat digalakkan bagi mereka yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal -- kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita. 

CINCH ENERGY TEA MIX didatangkan dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk. 

Whatsapp 01 7001749 (Izzah) untuk pesanan produk




Saturday, November 23, 2013

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN & CARA ATASI

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya penyakit. 

Bagi orang yang mempunyai kesihatan normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari. 

✿✿ 9 Sebab Biasa Berlaku Sembelit:

• Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
• Kurang serat dalam diet.
• Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah kolon dan rektum.
• Kurang air.
• Masalah fungsi usus.
• Penyalahgunaan julap.
• Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.

Tetapi, sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan BUASIR yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, para ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana ditakuti menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. 

Ini termasuk juga kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana dipercayai ‘sejuk’. 

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang. Padahal, sayur dan buah tinggi kandungan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

✘ Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
✘ Otot abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
✘ Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

✿✿ 4 Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin:

Banyak minum air, 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlu ditambah. Air membantu meningkatkan penghasilan susu, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit.

Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.


Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segera ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin.

Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, najis terkumpul menjadi lebih keras dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.


Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

Makan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C.

Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.


--------------------------------------------------------------

Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. 

Supplemen yang disarankan adalah supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlaku proses PERISTALSIS; iaitu suatu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. 

Pengambilan supplemen ini juga perlu disertai dengan meminum air yang banyak.

✿✿ 4 Cara OSTEMATRIX Shaklee membantu:
(1) Tidur malam yang lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

Untuk Pertanyaan dan Pesanan, hubungi saya :)
SID 881907

Anda tahu pilihan tepat untuk anda~
Page : Sunnah Superstore
SMS/WhatsApp : 017 7001749

6 Salah Anggap





Terdapat beberapa salah tanggapan orang ramai dalam mencapai TARGET menurunkan berat badan:

---------------------------- 
1- Terlalu Kerap Timbang
================

Seseorang yang ingin menurunkan berat badan kadangkala terlalu ‘obses’ dengan nombor pada alat penimbang. Ini sebenarnya boleh ‘membantutkan’ seseorang yang berazam menurunkan berat badan.

Berat badan bukanlah kayu ukur kepada kesihatan anda. Berat badan yang ditimbang dengan alat penimbnag tidak membezakan berat otot, air, lemak dan makanan dalam perut anda.

Jika anda terlalu kerap menimbang berat badan, anda akan menjadi lebih cepat kecewa jika mendapati berat badan anda tidak turun atau turun dengan jumlah yang amat sedikit atau lebih buruk lagi berat badan anda bertambah pula.

--------------------------- 
2- Produk ‘rendah lemak’
================

Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan produk ini baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.

Hakikatnya, produk ini berkalori tinggi kerana kandungan gula yang tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk melazatkan produk tersebut.

Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak omega 3 dari ikan amat baik untuk menurunkan berat badan.

----------------------------------------- 
3- Turun Berat Hanya Dengan Senaman
====================

Senaman merupakan salah satu aktiviti yang boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan yang berlebihan. Namun, senaman semata-mata tanpa menjaga pengawalan pemakanan akan menjadi sia-sia.

Cuba bayangkan apabila kita berenang, sememangnya akan berasa lapar kerana berenang menggunakan banyak tenaga. Pembakaran kalori semasa berenang bukan bermakna kita tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil.  Jadi, untuk mempercepatkan menurunkan berat haruslah seiring dengan kawalan pemakanan seharian.

-------------------
 4- Minuman ‘diet’.
=========

Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ akan mengakibatkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah.

Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, USA mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ akan menghadapi sehingga 70% peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa.

Dalam kajian yang sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41% untuk penggemar minuman ‘diet’ ini. Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ ini akan meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut telah penuh.

Minum air yang ditapis adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan.

----------------
 5- Terlalu Yakin
=======

Terlalu yakin dengan kemampuan diri untuk berdiet dan mengikut seratus peratus pemakanan sihat sepanjang masa. Sikap seperti ini akan menyebabkan anda menjadi cepat kecewa bila ter’lanjur’ makan makanan tidak sihat.

Sebagai manusia biasa akan ada masanya , kita gagal melawan nafsu makan dan ‘termakan’ makanan yang tidak sihat, janganlah kecewa. Peruntukan 20% dalam jumlah makanan anda untuk sesekali ‘termakan’ makanan yang kurang sihat dan pastikan dalam 80% corak pemakanan anda adalah pemakanan yang sihat.

Bersikap ‘moderate’ seperti ini akan memastikan berat badan yang sihat kekal lebih lama dan lebih praktikal dalam kehidupan seharian.

Walaupun terlebih makan adalah di antara punca berat badan berlebihan, perlakuan makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan akan menyebabkan anda menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan (malnutrisi).

Jika anda terlalu kerap berlapar, maka badan anda akan berubah kepada ‘mode kebuluran’ (starvation mode). Metabolisma badan akan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit akan disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ anda menjadi kecut.

Apabila anda tidak mampu meneruskan ‘berdiet’ yang melampau seperti ini, maka anda akan mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah-tambah dan semuanya akan menjadi lemak.

Berat badan anda akan bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya. Akhirnya , anda berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan dan anda akan gagal menurunkan berat badan anda.
 

----------------------------
 6- Terlalu Cepat Putus Asa
==============
Jangan cepat berputus asa sekiranya anda gagal semasa percubaan pertama. Percayalah dengan usaha dan kaedah yang betul anda akan dapat menurunkan berat badan anda dan seterusnya mendapat kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

- Izzah Razak
  fb Page : Sunnah Superstore
  SID : 881907
  Whatssap : 017 7001749

Friday, November 22, 2013

5 TANDA PENYAKIT JANTUNG YANG ANDA PERLU TAHU

Penyakit jantung merupakan PEMBUNUH NO 1 di Malaysia. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. 

Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan maut sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius.


                                 


---------
1. Sakit Dada
=====

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada di tengah atau di sebelah kiri. 

Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasa di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. 

Sama ada 5 hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. 

Sekiranya pesakit masih tidak lega selepas GTN diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)

Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

--------------
2. Sesak Nafas
========

Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan aktiviti ringan. 

Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas. Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.

Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi (cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. 

Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

---------------
3. Mudah Berpeluh
========

Sering berlaku ketika tidur di waktu malam sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

--------------------
4. Sering Berdebar-debar
===========

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengahnya tidak.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. 

-----------
5. Bengkak Kaki
======

Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

Dengan panduan ini, semoga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.

Jika anda mempunyai masalah berkenaan ubat-ubatan dan mencari supplement dalam membantu mencegah penyakit ini, 

Sunnah Superstore

Whatssap : 0177 7001749
SID : 881907