Thursday, October 31, 2013

KEMBUNG PERUT

Gejala kembung perut sering dikaitkan dengan pengambilan makanan yang cepat membuat gas, sehingga membuat perut "penuh". Namun sama ada disedari atau tidak, ada beberapa kebiasaan yang mengakibatkan perut kembung. 





5 Tabiat Elak Kembung: 

1. Mengunyah Gula-Gula Tiruan  |   Gula-gula atau manisan dan makanan lain yang mengandungi pemanis tiruan seperti sorbitol yang tidak mudah dicerna oleh perut boleh mengakibatkan perut kembung.  

2. Makan Cepat   |    Ketika anda makan dengan terburu-buru, anda turut menelan banyak udara yang dapat menyebabkan gas di dalam perut. Kunyahlah makanan dengan baik, dengan mulut tertutup. Minumlah terus dari gelas, bukan dengan alat penyedut minuman. Hindari aktiviti fizikal yang terlalu berat ketika baru saja selepas makan. 

3. Intoleransi Laktosa   |   Intolerenasi laktosa (sensitif terhadap gula yang terkandung dalam susu) serta malabsorbsi fruktosa (sensitif terhadap fruktosa, sejenis gula yang terkandung dalam jus buah, gula putih dan sirap jagung tinggi fruktosa). Oleh itu,  segera dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa yang lebih tepat.  

4. Stres  |   Hormon stres akan mempercepat semua sistem di dalam tubuh, termasuk sistem pencernaan. Hal itu akan membuat perut menghasilkan banyak gas yang menyebabkan kembung. Maka, ketika anda sudah mula merasa cemas, cubalah untuk berfikir hal-hal yang dapat menenangkan fikiran. 

5. Sayuran Mentah  |   Sayuran mentah yang dimakan adalah sukar dicerna oleh tubuh sehingga mengakibatkan perut kembung. Tubuh akan lebih mudah mencern sayuran yang sudah dimasak terlebih dahulu dan anda terhindar dari gangguan perut kembung. 

- Izzah Razak
  http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

B COMPLEX - VITAMIN ASAS

KEUNGGULAN B-COMPLEX | Kepentingan suplemen sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ada yang tersenyum sinis bila ada yang mengesyorkannya.

Pada zaman serba canggih ni supplemen sememangnya suatu keperluan. Antara suplement paling asas yang perlu diambil setiap hari adalah B Complex.

Berikut senarai kepentingan Vitamin B:

 B1 (Thiamin) |  'The Moral Vitamin' Penting untuk sistem saraf dan mood.

 B2 (Riboflavin)  |  Penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

 B3 (Niacin)  |  Penting untuk sistem saraf dan membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.


 B5 (Pantothenic Acid)  | Penting untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan fungsi sistem imun.

 B6 (Pyridoxine)  | 'Woman Vitamin' Penting untuk sistem peranakan wanita, meningkatkan tenaga dan sistem saraf.

 B12 (Cobalamin)  | Penting menyokong pertumbuhan, pembentukan sel darah merah dan sistem saraf.

 Biotin  |  Penting untuk mencegah uban pramatang, rambut gugur dan kulit yang sihat.

 Asid Folik  | Penting untuk pembentukkan sel darah, DNA dan fungsi saraf.

Kesan kekurangan B Complex ;
- Cepat lupa/lemah daya ingatan.
- Sukar fokus.
- Kemurungan.
- Cepat marah.

Lets Keep Our Health To Enjoy Our Wealth!

PM saya untuk HARGA istimewa!
SMS / whatssap/ Call di 017 7001749

- Izzah Razak

Wednesday, October 30, 2013

8 RISIKO PENYAKIT BATU KARANG PADA LELAKI



1) Batu karang merupakan salah satu penyakit yang biasa ditemui. Ia boleh berlaku pada nisbah setiap seorang daripada 10 orang. Risiko untuk mendapat batu karang adalah 5-10% & kemungkinan seorang hingga 2 orang setiap 1,000 orang dalam populasi.

2) Kejadian batu karang kerap berlaku pada usia 30-50 tahun. Rata-rata pesakit batu karang adalah di kalangan lelaki. Berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Nisbah sebanyak 3 orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.

3) Masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka. Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih mudah obes dan gaya pemakanan yang tidak seimbang merupakan puncanya.

4) Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan penghidratan. Malah mereka juga kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat.

5) Saluran urin lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut. Gaya hidup perlu diubah ke arah yang lebih sihat tanpa mengira jantina.

6) Namun, kebelakangan ini bilangan wanita menghidap masalah ini turut bertambah disebabkan pemakanan mereka.

7) Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin & cuaca panas.

8) Pekerjaan yang kurang melibatkan pergerakan seperti kerja yang duduk di pejabat atau individu yang jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Jika kita benar-benar menyayangi diri kita dan amanah tubuh badan yang diberikan, pastikan pencegahan diambil awal dan bukan menunggu rawatan.

FREE CONSULTATION on vitamins & supplements.
Hubungi / sms saya di 017 7001749 (Fiza)

fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

Tuesday, October 29, 2013

UBAT Vs SUPPLEMENT

PERBEZAAN UBAT DAN SUPLEMEN
=======================



Terdapat perbezaan antara ubat dan suplemen.

Ubat hanya dimakan oleh orang yang sakit dan memberikan kemudaratan pada orang yang sihat. Sementara suplemen boleh digunakan oleh kedua-dua golongan orang yang sakit dan orang yang sihat. Jadi pastikan yang kita ambil itu jatuh dalam kategori ubat atau suplemen.

Oleh kerana terlalu banyak ubat dan suplemen di pasaran yang dijual samada di hospital, klinik, farmasi atau secara online, sebagai orang Islam harus berhati-hati. Bahan-bahan yang digunakan mestilah halal.

Dalam keadaan tertentu di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan.

Tetapi pengecualian ini tidak tertakluk pada suplemen kerana suplemen bukanlah ubat yang sangat diperlukan merawat penyakit. Suplemen hanya membantu seseorang untuk menjadi lebih sihat dan membantu proses penyembuhan penyakit.

Kredit: Dr Zubaidi

- Izzah Razak
 fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

Monday, October 28, 2013

1001 KEAJAIBAN SHAKLEE BASIC H

1001 KEAJAIBAN BASIC H
================

1001 BASIC H | Organic Super Cleaning Concentrate 2 kali lebih pekat memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan .

Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat. Tidak perlu di bilas, menanggalkan kesan kotoran dan palitan. 

Ada 2 cara penggunaan:

A) SEBAGAI BAHAN PENCUCI

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Cara: Isi air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan. 
Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai.

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuetiaw daripada bahan awet.
Cara: Isi air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan sebagainya.
Cara: Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik basic h kemudian digosok serta bilas.

5. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak) 
Cara: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

6. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya. 
Cara: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic h kemudian mop atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus.

7. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet 
Cara: Isi air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic h. Biar selama 5 – 10 minIT

8. Membersih dakwat pen pada tangan, baju. 
Cara: Titiskan 4-5 titik basic h di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian bilas.

9. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya. 
Cara: Titiskan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal.

10. Mengasah pisau. 
Cara: Titiskan 4-5 titik basic h pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam.


B) SEBAGAI BANTUAN KECEMASAN

1) Menghapuskan kutu di atas kepala.
Cara: Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit dan bilas.

2. Menghilangkan minyak, air panas atau melecur.
Cara: Sapu terus basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk. 

3. Ulser dan mulut berbau
Cara: Titiskan 4-5 titik basic h ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin). 

4. Gatal-gatal badan atau masalah kulit. 
Cara: Titiskan 4-5 titik ke dalam bekas. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan bilas. 

5. Demam panas (sebelum berjumpa doktor) 
Cara: Titiskan 4-5 titik basic h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumur ke seluruh badan dan kepala. 

6. Sakit gigi 
Cara: Titiskan 4-5 titik basic h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit. 

7. Penyubur tanaman dan penggembur tanah 
Cara: Air lebihan cucian basic h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

8. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan
Cara: Titiskan 4-5 titik basic h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendam barang kemas tadi dan biarkan selama 15-30 minit. Karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru. 

9. Menghindar & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan sebagainya.
Cara: Titiskan 4-5 titik basic h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga.

"SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN" 

- Izzah Razak
  http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore






9 TIPS TENAGA SEGERA

Situasi:

Saiful : Man, jom weekend nie join kitaorang main futsal ? 
Man : Takpelah Pul, korang pergi lah.. aku letih, minggu nie sibuk sangat, weekend nie aku nak tidur lebih sikit lah & nak lepak-lepak di rumah je. 

Sering kah kita mendengar keluhan begini dari rakan sekerja? Rasa letih dan lesu walaupun mendapatkan tidur yang secukupnya dan tanpa sebab yang jelas. 

Jangan pandang mudah jika anda rasa penat yang berpanjangan atau cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. 


9 TIPS TINGKATKAN TENAGA SEGERA 



1. Cara Bernafas Yang Betul
Kebanyakkan kita “malas” bernafas. Guna teknik bernafas yang betul, sedut udara dari hidung (dalam kiraan 10), tahan (dalam kiraan 10), dan keluarkan melalui mulut; pastikan perut anda "kembung" semasa menarik nafas dan rasakan udara yang masuk ke dalam tubuh badan anda

2. Tidur Yang Cukup
Orang dewasa memerlukan tidur 7-8 jam sehari. Tidur seawal bagi memastikan hormon melatonin dirembeskan sepenuhnya. Melatonin berfungsi sebagai anti oksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas, meningkatkan imun sistem, mencegah kanser, dan yang paling best untuk awet muda. 

Pastikan lampu anda dipadamkan semasa tidur agar penghasilan melatonin tidak terganggu. 

3. Kurang Air Dalam Badan
Setiap orang perlukan 8 hingga 10 gelas air sehari (air masak atau air bertapis). Kekurangan air di dalam badan mengakibatkan kekurangan cecair dalam badan. 

Fenomena ini akan menyebabkan tubuh badan kering serta keletihan 

4. Pemakanan
Pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi, "skip" sarapan menyebabkan anda mengambil karbohidrat berlebihan semasa makan tengahari. Makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi dan kadar protein yang rendah menyebabkan keletihan. 

Pastikan anda hanya mengambil segenggam nasi untuk makan tengahari, lebihkan sayur-sayuran serta pengambilan buah-buahan. 

5. Senaman
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pelbagaikan aktiviti seperti jogging, brisk walk, hiking, bermain badminton dan lain-lain agar anda tidar berasa jemu untuk bersenam. 

Ajak rakan-rakan dan keluarga untuk meningkatkan motivasi untuk bersenam. Lakukan secara berperingkat, mulakan dengan yang mudah dan tingkatkan. Waktu terbaik untuk bersenam adalah awal pagi.

6. Kawal Stress
Tekanan emosi yang berpanjangan dan tidak terkawal akan menjejaskan fizikal, kerap keletihan, sakit kepala, kurang selera makan, tidak aktif dan sering hendak tidur. Kenalpasti punca stress dan cara atasi. 

7. Take a BREAK
Ambil 10-15 minit dari melakukan aktiviti sampingan yang anda suka seperti membaca buku, surat khabar, menikmati pemandangan, window shopping dan sebagainya. 

8. Hadkan Pengambilan Kafein
Kafein mempunyai kesan menyahhidrat. Apabila bangun pagi, kita cenderung untuk menjadi dehidrasi kerana tidak meminum air selama beberapa jam. 

Jika tidak mengambil apa-apa minuman yang lain, kopi boleh menyebabkan kesan dehidrasi menjadi lebih teruk dan mengurangkan tenaga. Kurangkan pengambilan secara berperingkat sehingga badan anda terbiasa dengan keadaan yang baru. 

Gantikan minuman berkafein dengan pengambilan teh hijau yang boleh membantu meningkatkan tenaga. 

9. Supplement
B complex & multivitamin membantu meredakan stress dan menambahkan tenaga.

Sharing is caring :)


- Izzah Razak
   fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore


4 TIPS HILANGKAN JERAWAT MELALUI PEMAKANAN

1) PENGAMBILAN 'ZINK |  Telur, bijirin dan cendawan merupakan su,ber utama zink tang dapat merawat jerawat.

Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai dalam badan bagi melawan pelbagai penyakit temasuklah jerawat.

2) KURANGKAN PENGAMBILAN GULA  |   Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk.

Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah kek, coklat dan minuman ringan.

3) PENGAMBILAN VITAMIN MERAWAT JERAWAT  |  Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5.

Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang, tembikai dan epal.

4) KHASIAT IKAN MEMULIHKAN JERAWAT  |  Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, malah mengandungi omega 3 yang memberikan kebaikan kepada kulit dengan mencegah pembentukan jerawat.

Pilihan yang lebih sihat semestinya dimasak sup atau digrill daripada ikan yang digoreng !





Salam Sihat & Salam Ceria :)

- Izzah Razak

Sunday, October 27, 2013

SHAKLEE ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

Protein Bukan-GMO yang Lengkap semua Asid Amino Perlu.




Pssssttt... Nak tahu Rahsia ESP? ESP antara produk terlajak lrisss di Shaklee. Nak tahu kenapa? Jom kita inta :)


3 Rahsia ESP Terbongkar:

=================
1. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.
2. ESP adalah rendah lemak dan bebas aktosa dan kolestrol berbanding protein daripada sumber haiwan seperti daging, telur dan tenusu.
3. Menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sistesis protein termasuk sembilan (9) asid amino penting.


Manfaat & Kebaikan ESP Shaklee
=======================
✔ Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.

✔ Mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. 

✔ Setiap 1kg ESP Shaklee berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah "booster" tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

✔ Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan sembilan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

✔ Sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.

✔ Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu.

✔ Rendah lemak, tiada kolesterol dan mudah diserap oleh tubuh manusia.


✔ Protein soya membantu mengurangkan kolestrol

✔ Mengandungi lima (5) vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa putus haid.

✔ Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga teliti dari proses penanaman sehingga saat pemprosesannya.





Berikut adalah pengguna yang berpuas hati dengan ESP Shaklee :






Berminat dengan ESP Shaklee atau mana-mana produk Shaklee yang lain?

Atau ingin menjadi ahli Shaklee dan menikmati segala ganjaran serta memborong dengan harga ahli yang jauh lebih MURAH? Jangan segan-segan menghubungi saya di talian 017 7001749 (Fiza)

Hanya anda yang tahu apa yang terbaik 
Salam Sihat, Salam Ceria




Rahsia Kekacang

Kelebihan 8 Jenis KEKACANG Kepada Sistem Tubuh.

                   


“Jerawat??  Aaaa ..tak nak !!”
“Takpelah. Saya tak makan kacang. Takut susuk (jerawat) saya keluar.”

Inilah antara dialog kebanyakan wanita di luar sana terutamanya gadis apabila disua apa-apa jenis kekacang. Terutamanya kekacang jenis kacang tanah. Terdapat pelbagai pelbagai jenis kacang untuk dinikmati; kacang hijau, kacang dhal, kacang badam, kacang cerdik (pistachio) hihi..:) (makan kacang cerdik ni gerenti boleh strike A+) , in shaa Allah.

Ada lagi satu jenis kacang, kacang kuda..snek yang sangat enak dan sihat terutama dinikmati dalam bentuk kacang rebus. Boleh berlari kencang sepantas kuda..hihi..:)

Mitos menyatakan bahawa kacang adalah punca utama jerawat menyebabkan ramai wanita takut untuk menjamahnya. Ketakutan bertambah berikutan yang menyebarkan “auta” bahawa pengambilan kekacang meningkatkan kadar kolestrol dalam tubuh.

Namun, tahukah anda aneka jenis kekacang mampu meningkatkan kadar kolestrol dalam badan dan menyumbang pelbagai nutrisi yang tidak pernah anda duga?

Kajian sains membuktikan bahawa kekacang kaya dengan pelbagai sumber nutrisi utama yang diperlukan tubuh. Berikut adalah  senarai kekacang yang boleh anda nikmati untuk memperolehi khasiat tambahan yang ada di dalamnya:



  
1.  Pecan

Kacang pecan ini boleh didapati dalam bentuk mentah. Lazimnya ia digunakan sebagai bahan sampingan di dalam biskut. Ia berkhasiat membantu merendahkan tahap kolestrol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa pengambilan kacang pecan ini mampu membantu mencegah penyakit alzheimer dan parkinson.




 2. Pistachio

Ramai yang gemar menikmati kacang ini begitu sahaja kerana keenakan rasanya. Kacang ini juga dikenali segabai kacang cerdik di utara semenanjung. Kacang ini membekalkan karbohidrat,  Vitamin A dan beta karotena, potassium, zat besi, magnesium, thiamin, Vitamin B6 kepada tubuh. 

Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh dan memberikan kelegaan kepada tubuh yang letih.  Ia juga berperanan dalam membantu tubuh mengawal hypertension dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan (sress). 



3. Hazel

Kacang hazel juga adalah antara kekacang yang popular. Ia juga sering dijadikan bahan utama dalam pembuatan pastri dan coklat. Kacang ini bukan sahaja enak dinikmati tetapi turut memberikan menafaat pada tubuh.

Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu sistem pencernaan anda berjalan lancar. Selain itu, ia bermanfaat membina kekuatan tulang dan gigi seterusnya membantu mencegah risiko serangan kanser. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin ( Vitamin B1), phytosterol, magnesium, dan beta-sitosterol.





4.  Walnut
Anda penggemar walnut? Kacang walnut memang lazat terutamanya jika dinikmati bersama coklat. Ia mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku. Walnut juga berperanan mengurangkan kegatalan atau radang pada kulit. 

Selain itu, menikmati kacang walnut juga mampu membantu melahirkan rasa tenang dan santai pada tubuh terutamanya di waktu stress.



5. Macadamia 

Kacang ini mengandungi lemak tak tepu, fostorus, Vitamin B6,  thiamin (Vitamin B1), magnesium, phytosterol dan fiber yang tinggi. Ia berperanan membantu melancarkan sistem penghadaman dan bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Kacang macadamia juga di antara makanan yang membekalkan tenaga segera kepada tubuh dan turut membantu melindungi sel darah dari serangan kanser.




6. Kacang Brazil 


Walaupun kacang brazil ini tidak begitu popular di kalangan penggemar kacang, tetapi ia kaya dengan khasiat fosforus, zink, magnesium, selenium, zat besi, thiamin (Vitamin B1) dan Vitamin E. Kacang brazil ini merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia. Selain itu kacang brazil juga membantu menguatkan gigi dan tulang.



7. Kacang Badam

Kacang badam adalah antara kekacang yang bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Ia kaya dengan kandungan magnesium, riboflavin (Vitamin B2), Vitamin E, fosforus, beta-sitosterol dan phytosterol. Antara manfaat kacang badam ini adalah ia membantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan membantu menguatkan tulang dan gigi.




8. Gajus
Kacang gajus kaya dengan zat besi, magnesium, protein, karbohidrat, fosforus, Vitamin K dan phystosterol. Ia bertindak sebagai antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman. Kacang gajus juga bermanfaat membantu mengekalkan kesihatan kulit, kuku, rambut dan melindungi jantung.


Hujung minggu ni makan kacang best juga, kan? Tambahan pula ia boleh menjadi perada stress selepas Belanjawan 2014 dibentangkan semalam. Jangan stress, stress...stress je kudap kacang. Lebih bagus daripada makan "fast food" yang tidak sihat seperti burger, "french fries" yang tinggi kalori dan lemak tepu yang memudaratkan tubuh.


Vitamin B Penting Menjana Kesihatan yang baik

Adakah tubuh anda menyerap vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru, Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet yang sihat.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 





Saya sekeluarga suka kudap kacang cerdik. Kalau pesan tempeyek, saya pilih tempeyek kacang dhal. Anda pula suka makan kacang apa? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah :)


- Izzah Razak
   fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore