1) Asid lemak ‘trans’ terhasil daripada minyak tumbuhan yang
ditambah hidrogen melalui proses hidrogenasi untuk menjadikannya pepejal
seperti marjerin. Tujuan proses ini dilakukan untuk menambah kestabilan makanan
dan melambatkan tempoh makanan itu menjadi rosak.
2) Malangnya proses ini menyebabkan terhasilnya asid lemak
trans ini. Pelbagai kajian sains menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan asid
lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik atau LDL dan merendahkan
paras kolesterol baik atau HDL.
Justeru, ia meningkatkan risiko mendapat masalah keshatan
seperti :
- Penyakit jantung koronari
- Darah tinggi
- Strok
- Kolesterol berlebihan.
3) Terdapat sesetengah pakar pemakanan berpendapat bahawa
pengambilan asid lemak trans ini lebih buruk daripada pengambilan lemak tepu
terus daripada sumber haiwan.
4) Dalam zaman moden ini, penggunaan asid lemak trans ini
amat berleluasa hingga hampir mustahil untuk seseorang mengelak daripada
memakannya setiap hari. Hampir semua makanan proses menggunakan asid lemak
trans seperti mi segera, biskut, kuih-muih, kek, pastri, kerepek, donut,
kentang goreng dan jajan.
6) Di samping itu, ia menggunakan banyak perasa dan bahan
pengawet. Anda patut kurangkan pengambilan makanan seperti ini kerana boleh
menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.
7) Untuk meninggalkan langsung makanan mengandungi asid
lemak trans ini adalah agak susah dan hampir mustahil bagi kita yang hidup di
zaman moden sekarang. Cara terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilannya ke
tahap seminimum mungkin.
8) Dengan mengurangkan makan makanan yang tinggi dengan asid
lemak trans maka kita boleh mengurangkan masalah kolesterol berlebihan.
9) Makanlah lemak yang sihat dengan banyak makan ikan yang
mengandungi kandungan asid lemak omega 3 yang lebih baik untuk kesihatan. Jaga
pemakanan anak-anak anda dengan tidak menggalakkan pengambilan makanan segera
dan kerepek atau jajan yang mengandungi asid lemak trans ini.
10) Pupuk sikap pemakanan yang sihat sedari kecil demi demi
kesihatan yang lebih baik apabila dewasa. Galakkan anak-anak makan buah-buahan
yang jauh lebih sihat sebagai ‘snek’ harian atau sewaktu bersantai bersama
keluarga.
11) Teliti label pada plastic makanan segera yang kita beli.
Beri perhatian kepada perkataan seperti ‘ hydrogenated vegetable oils’ atau
‘partially hydrogenated vegetable oils’ dan sebagainya. Ini adalah asid lemak
‘trans’ yang terkandung dalam makanan tersebut.
Terdapat sesetengah pengeluar makanan telah mula menggunakan
minyak yang tidak mengandungi asid lemak ‘trans’ . Sebolehnya, gunakan marjerin yang tidak
mengandungi asid lemak trans atau ‘nonhydrogented’ yang dijual di pasaran.