Sunday, December 1, 2013

12 Makanan SUPER | Kaya Vitamin C Berbanding Oren

Kita sering mengambil Vitamin C setiap kali kita menghidapi batuk dan selsema. Kajian mendapati bahawa pengambilan Vitamin C tidak dapat menghalang selsema. Pengambilan supplement yang tepat menolong mempercepatkan proses penyembuhan penyakit dan mengurangkan simptom penyakit.




1- Cili Merah
Setengah cawan cincangan atau potongan dadu cili merah membekalkan 107.8mg Vitamin C. Tambahan pula, kandungan capsaicin di dalamnya membantu meredakan masalah sendi dan otot. 






2- Lada Benggala Merah
Secawan penuh cincangan lada benggala merah mengandungi hampir 3 kali ganda vitamin C dari sebiji oren  - 190mg sahaja . Lada benggala merah juga merupakan sumber Vitamin A yang baik menyokong kesihatan mata.




3- Lada Benggala Hijau
Secawan penuh cincangan lada benggala hijau mengandungi kurang vitamin C , 120 mg, tetapi masih memenuhi 200% keperluan harian anda. Lada benggala hijau juga merupakan sumber  serat  yang baik.






4-Kailan
2 kali ganda saranan pengambilan harian Vitamin A anda dan 7 kali saranan penambilan Vitamin K, secawan hidangan kale mengandungi  80.4 mg Vitamin C.




5-Brokoli
Sayuran ini mengandungi  132 mg Vitamin C dengan tambahan serat Cuma sebanyak 30 kalori dalam satu hidangan. Tambahan kajian menunjukkan brokoli  mempunyai khasiat anti-kanser





6- Betik
Kajian menunjukkan pengambilan betik membantu melegakan selsema, mencerahkan kulit dan menguatkan tulang. Satu cawan hidangan menghidangkan 88.3 mg Vitamin C.




7- Strawberi
Secawan buah super ini mengandungi  84.7 mg Vitamin C dengan tambahan asid folat bagi menyokong kesihatan jantung. Ia juga membantu memutihkan gigi secara semulajadi.





8- Kubis Bunga
Membekalkan 127.7 mg Vitamin C dengan tambahan 5 gram serat dan 5 grams protein. Boleh dimasak menggunakan kaedah panggang atau kukus bagi mengekalkan khasiatnya.




9- Tauge
Padat dengan khasiat anti kanser, fito nutrients dan serat. Ia mengandungi 74.8 mg Vitamin C.




10- Nanas
Padat dengan 78.9 mg Vitamin C, nanas mengandungi “bromelain” iaitu sejenis enzim pencernaan yang membantu memecahkan makanan dan mengurangkan kembung. “Bromelain” juga bertindak sebagai anti-inflamasi semulajadi.






11-Kiwi
Satu hidangan kiwi (lebih kurang 2 biji) membekalkan  137.2 mg Vitamin C. Buah yang kaya jus ini juga kaya dengan mineral potassium and kuprum.





12- Mangga
Buah tropika ini membekalkan 122.3 mg Vitamin C. Mangga merupakan sumber yang kaya Vitamin , seperti Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti tubuh dan mengekalkan kesihatan mata.



 - Izzah Razak
    SID : 881907
    Fb Page : http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore


No comments:

Post a Comment