Friday, December 6, 2013

7 Jenis Kod Bahan Plastik




Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:







----------------------------
1- Plastik No. 1 - PET (Polyethylene Terephthalate)
==================
Penggunaan : Botol minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masak. 

Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik. Ia hanya boleh digunakan SATU KALI sahaja.




                                       


---------------------------- 
2- Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
================
Penggunaan: Botol Detergen, Karung sampah, Botol minyak enjin

Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. 
Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.





 

                                                    

------------------------
3- Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
==============
Penggunaan: Botol syampu, Botol minyak masak, Salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. 

Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.







----------------------------

4- Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
================
Plastik yang keempat digunakan dengan meluas disebabkan sifat fleksibel (lentur), jangka hayat yang panjang, kos yang rendah & chemical resistance.

Contoh Penggunaan:
• Plastik bungkus roti
• Botol Madu
• Salutan pada kertas, fabric dan plastic lain ("Tetra-pak" digunakan bagi pembungkusan minuman kotak)
• Alas meja 
• Mainan kanak-kanak
• Plastik sampah
• Kon Trafik
• Bekas makanan pakai buang
• Bubble Wrap 





---------------------------

5- Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
===============
Penggunaan: Botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. 
Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.



                               

------------------------
6- Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
==============
Penggunaan: Bekas polisterin, bekas telur.

Bekas polisterin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi para peniaga.



                                          
--------------------- 
7- Plastik No. 7 - Lain-lain
============
Penggunaan: Plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, “casing’ komputer. Semua jenis plastik selain 6 jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antara yang merbahaya adalah jenis polikarbonat (PC).


SunnahSuperstore


No comments:

Post a Comment