Friday, December 6, 2013

Plastik | Kitar Semula atau Mati?

-------------------------
14 Info: BAHANA PLASTIK
****************

1- Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dari dalam kenderaan, pembungkusan, permainan kanak-kanak, komputer, sudu dan garfu, barangan rumah , peralatan perubatan dan banyak lagi yang tidak mampu untuk disenaraikan. 

2- Plastik diperolehi secara murah, dan memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, lebih ringan berbanding logam dan mudah dibentuk. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kehidupan seharian kita.

3- Malangnya, penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini. Ia turut mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. 
4- Plastik tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Ia mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus. Jika dibakar, ia menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. 

5- Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan kita makan atau minuman botol yang diteguk. 

6- Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi apabila mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau kaca.

7- Minuman botol yang didapati di pasaran hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman.

Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya, ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

8- Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. 
9- Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.
10- Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja kenderaan yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya. 

Sudah tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Celsius. Dengan suhu 25 celsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

11- Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser.

Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir memburukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, penggunaan bekas plastik masih tidak diharamkan terhadap orang awam.


12- Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dahulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia. 

13- Belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion ringgit dengan kos pengeluaran yang rendah dengan adanya plastik. 

14- Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Belum lagi diambil kira keuntungan syarikat atau kilang membuat plastik!





No comments:

Post a Comment