Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan
mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa
sehingga ia berganda sehingga tahap bilangan billion.
Setiap individu BERISIKO. Sebelum ia merebak, ayuh
berjaga-jaga. Di bawah ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel
kanser :
1) GULA merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti
mengambil gula, anda telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting
untuk sel kanser. Stevia,manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai
alternatif kepada penggunaan gula.
2) Kurangkan kekerapan minuman kafein tinggi seperti KOPI, TEH dan COKLAT. Teh hijau lebih baik
dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, ambil
minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam
yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.
3) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang BERASID. Makanan
berasaskan daging adalah bersifat asidik. Mengurangkan segala makanan yang
berdaging terutamanya daging merah adalah langkah bijak. Di kebanyakan ladang
ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon
tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.
4) Makanan tambahan seperti ANTIOKSIDA, RESVERATROL, VITAMIN
dan MINERAL mampu meningkatkan sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di
dalam badan boleh menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai
pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang rosak
atau yang tidak diperlukan secara normal.
5) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran segar, kekacang
dan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut
akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih beralkali.
6) SENAMAN secara berkala akan membantu meningkatkan sistem
imun dan menggalakkan pengaktifan sistem sel dalam badan yang bertindak untuk
melawan sel-sel kanser.
Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan
spiritual. MINDA PROAKTIF dan POSITIF membantu
melawan penyakit kanser. Sikap negatif seperti pemarah, pendendam dan sering
berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam
keadaan berasid.
Sayangi Diri. Maafkan semua yang lain.
No comments:
Post a Comment