Sunday, December 29, 2013

11 Fakta Bahaya Asid Lemak Trans




1) Asid lemak ‘trans’ terhasil daripada minyak tumbuhan yang ditambah hidrogen melalui proses hidrogenasi untuk menjadikannya pepejal seperti marjerin. Tujuan proses ini dilakukan untuk menambah kestabilan makanan dan melambatkan tempoh makanan itu menjadi rosak.

2) Malangnya proses ini menyebabkan terhasilnya asid lemak trans ini. Pelbagai kajian sains menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik atau LDL dan merendahkan paras kolesterol baik atau HDL.

Justeru, ia meningkatkan risiko mendapat masalah keshatan seperti :
- Penyakit jantung koronari
- Darah tinggi
- Strok
- Kolesterol berlebihan.

3) Terdapat sesetengah pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan asid lemak trans ini lebih buruk daripada pengambilan lemak tepu terus daripada sumber haiwan.





4) Dalam zaman moden ini, penggunaan asid lemak trans ini amat berleluasa hingga hampir mustahil untuk seseorang mengelak daripada memakannya setiap hari. Hampir semua makanan proses menggunakan asid lemak trans seperti mi segera, biskut, kuih-muih, kek, pastri, kerepek, donut, kentang goreng dan jajan.




 5) Kebanyakan makanan di atas menggunakan marjerin atau mentega. Makanan segera seperti burger yang dijual di tepi jalan atau restoran makanan segera juga mengandungi asid lemak trans yang tinggi kerana ia digoreng menggunakan marjerin atau mentega.

6) Di samping itu, ia menggunakan banyak perasa dan bahan pengawet. Anda patut kurangkan pengambilan makanan seperti ini kerana boleh menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.


7) Untuk meninggalkan langsung makanan mengandungi asid lemak trans ini adalah agak susah dan hampir mustahil bagi kita yang hidup di zaman moden sekarang. Cara terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilannya ke tahap seminimum mungkin.

8) Dengan mengurangkan makan makanan yang tinggi dengan asid lemak trans maka kita boleh mengurangkan masalah kolesterol berlebihan.




9) Makanlah lemak yang sihat dengan banyak makan ikan yang mengandungi kandungan asid lemak omega 3 yang lebih baik untuk kesihatan. Jaga pemakanan anak-anak anda dengan tidak menggalakkan pengambilan makanan segera dan kerepek atau jajan yang mengandungi asid lemak trans ini.




10) Pupuk sikap pemakanan yang sihat sedari kecil demi demi kesihatan yang lebih baik apabila dewasa. Galakkan anak-anak makan buah-buahan yang jauh lebih sihat sebagai ‘snek’ harian atau sewaktu bersantai bersama keluarga.




11) Teliti label pada plastic makanan segera yang kita beli. Beri perhatian kepada perkataan seperti ‘ hydrogenated vegetable oils’ atau ‘partially hydrogenated vegetable oils’ dan sebagainya. Ini adalah asid lemak ‘trans’ yang terkandung dalam makanan tersebut.

Terdapat sesetengah pengeluar makanan telah mula menggunakan minyak yang tidak mengandungi asid lemak ‘trans’ .  Sebolehnya, gunakan marjerin yang tidak mengandungi asid lemak trans atau ‘nonhydrogented’ yang dijual di pasaran.



Saturday, December 28, 2013

6 Makanan Nyah Lemak




1.       Teh
Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.




2.       Anggur
Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang.




3.       Minyak Zaitun
Penggunaan minyak zaitun dalam masakan amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran antioksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik.
Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia.



4.       Oat
Oat mengandungi serat larut yang mampu melawan kolestrol jahat dalam darah. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda. Iklan di televisyen kerap menyarankan kebaikan oat untuk kesihatan jantung.



5.       Ikan
Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau Omega 3. Asid lemak ini mencegah pengumpulan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kaedah panggang, kukus atau bakar lebih menyihatkan.




6.  Epal
Epal kaya dengan bahan antioksida dan serat. Ia turut mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan. Epal harus dimakan dengan kulitnya sekali bagi mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah.



Friday, December 27, 2013

6 Kunci Ketenangan Hati

Ada 6 tips mudah untuk mendapatkan ketenangan hati, semoga bermanfaat :

1. Jangan tergantung terhadap orang lain, bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki.

2. Sentiasa bersangka baik. Jangan berburuk sangka. berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat.

3. Jangan mengingati penyesalan di masa lalu. Hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu menjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik.

4. Jangan pernah menyimpan dendam di dalam hati. Dendam itu ibarat racun dalam hati kita, jauhi itu.

5. Jauhi sifat terburu-buru. Aset dalam kehidupan bukan harta tetapi waktu. maka manfaatkan waktu dengan baik.




6. Jangan khuatir dengan hari esok. Ingatlah Allah, Allah akan mengingati kita.

Wednesday, December 25, 2013

6 TIPS RENCATKAN SEL-SEL KANSER



Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia berganda sehingga tahap bilangan billion.
Setiap individu BERISIKO. Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Di bawah ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :

1) GULA merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia,manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan gula.

2) Kurangkan kekerapan minuman kafein tinggi seperti  KOPI, TEH dan COKLAT. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, ambil minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.

3) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang BERASID. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah langkah bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.

4) Makanan tambahan seperti ANTIOKSIDA, RESVERATROL, VITAMIN dan MINERAL mampu meningkatkan sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan boleh menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

5) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran segar, kekacang dan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih beralkali.

6) SENAMAN secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan sistem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.


Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. MINDA PROAKTIF dan POSITIF  membantu melawan penyakit kanser. Sikap negatif seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan berasid.

Sayangi Diri. Maafkan semua yang lain.


Friday, December 6, 2013

7 Jenis Kod Bahan Plastik




Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:







----------------------------
1- Plastik No. 1 - PET (Polyethylene Terephthalate)
==================
Penggunaan : Botol minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masak. 

Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik. Ia hanya boleh digunakan SATU KALI sahaja.




                                       


---------------------------- 
2- Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
================
Penggunaan: Botol Detergen, Karung sampah, Botol minyak enjin

Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. 
Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.





 

                                                    

------------------------
3- Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
==============
Penggunaan: Botol syampu, Botol minyak masak, Salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. 

Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.







----------------------------

4- Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
================
Plastik yang keempat digunakan dengan meluas disebabkan sifat fleksibel (lentur), jangka hayat yang panjang, kos yang rendah & chemical resistance.

Contoh Penggunaan:
• Plastik bungkus roti
• Botol Madu
• Salutan pada kertas, fabric dan plastic lain ("Tetra-pak" digunakan bagi pembungkusan minuman kotak)
• Alas meja 
• Mainan kanak-kanak
• Plastik sampah
• Kon Trafik
• Bekas makanan pakai buang
• Bubble Wrap 





---------------------------

5- Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
===============
Penggunaan: Botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. 
Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.



                               

------------------------
6- Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
==============
Penggunaan: Bekas polisterin, bekas telur.

Bekas polisterin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi para peniaga.



                                          
--------------------- 
7- Plastik No. 7 - Lain-lain
============
Penggunaan: Plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, “casing’ komputer. Semua jenis plastik selain 6 jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antara yang merbahaya adalah jenis polikarbonat (PC).


SunnahSuperstore


Plastik | Kitar Semula atau Mati?

-------------------------
14 Info: BAHANA PLASTIK
****************

1- Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dari dalam kenderaan, pembungkusan, permainan kanak-kanak, komputer, sudu dan garfu, barangan rumah , peralatan perubatan dan banyak lagi yang tidak mampu untuk disenaraikan. 

2- Plastik diperolehi secara murah, dan memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, lebih ringan berbanding logam dan mudah dibentuk. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kehidupan seharian kita.

3- Malangnya, penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini. Ia turut mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. 
4- Plastik tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Ia mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus. Jika dibakar, ia menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. 

5- Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan kita makan atau minuman botol yang diteguk. 

6- Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi apabila mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau kaca.

7- Minuman botol yang didapati di pasaran hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman.

Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya, ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

8- Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. 
9- Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.
10- Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja kenderaan yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya. 

Sudah tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Celsius. Dengan suhu 25 celsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

11- Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser.

Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir memburukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, penggunaan bekas plastik masih tidak diharamkan terhadap orang awam.


12- Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dahulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia. 

13- Belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion ringgit dengan kos pengeluaran yang rendah dengan adanya plastik. 

14- Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Belum lagi diambil kira keuntungan syarikat atau kilang membuat plastik!





Wednesday, December 4, 2013

Promosi Disember 2013

----------------------------------
Promosi bulan Disember adalah promosi produk/vitamin OmegaGuard - Beli 6 PERCMA 1.
=======================

Golongan mana yang perlu kan omega guard shaklee ni.. Of course, vitamin Shaklee dicipta untuk kegunaan am.

Ia sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas hingga warga tua. Manfaatnya dikhususkan untuk beberapa golongan berikut;

1. Ibu hamil yang mahukan perkembangan dan fungsi otak yang lebih baik bagi bayi dalam kandungan mereka
2. Ibu menyusu untuk disalurkan kepada bayi mereka melalui susu ibu
3. Bayi dalam perut ibu melalui ibu mereka di peringkat kehamilan
4. Golongan kanak-kanak 1 tahun ke atas untuk perkembangan otak mereka
5. Golongan wanita dan lelaki yang mahu bebas penyakit darah tinggi dan kolestrol yang terkawal.
6. Mereka yang berdiet, Omega Guard dikenali juga sebagai pemecah lemak selain Lecithin
7. Golongan pelajar sekolah dan pelajar unversiti yang mahu sentiasa alert dan pick up terhadap pelajaran
8. Warga tua yang biasanya mengalami masalah sakit sendi, Omega Guard membantu mengurangkan rasa kesakitan atau 'inflammation'.

Jadi, kalau anda tergolong dalam senarai di atas, anda memang beruntung sangat bulan ni...kerana Shaklee buat promosi ni..cepat grab sebelum promosi berakhir



Whatsapp : 017 7001749 (Izzah Razak)
SID : 881907


Tuesday, December 3, 2013

RUMAH ANDA MENGALAMI AIR BERKLORIN, BERASID, BERBAU & BERWARNA??

Kenapa saya kata best sangat water pitcher shaklee ni? 

Saya memang sudah jatuh hati   sangat dengan shaklee water pitcher ni sebab ia AMAT MURAH. Kita dah boleh menikmati air yang selamat dan sedap, bila-bila masa , di mana sahaja.

Selain tu, water pitcher shaklee ni

 
amat mudah digunakan
 tidak perlu penyambungan elektrik 
 mudah dibawa ke mana2 (portable), pulang ke kampung, pergi berkelah pun tak risau tiada air bersih, cuma bawa sahaja, dan isi air ke dalamnya..senang kan..hihi





Boleh hubungi untuk info & penghantaran produk;

Whatsapp : 017 7001749 (Izzah Razak)
fb Page: Sunnah Superstore
SID : 881907



Monday, December 2, 2013

33 POTENSI RAWATAN MENGGUNAKAN NUTRISI OMEGA 3 FATTY ACIDS (ALA, DHA, EPA)

Banyak kajian mendapati bahawa orang-orang Greenland eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang sangat rendah. Antara sebabnya - adalah makanan yang tinggi kadar pengambilan ikan.

Bukan sekadar jantung sahaja, Ia mempunyai kebaikan lebih dari itu.

Kajian menunjukkan Omega 3 Fatty Acids ni boleh membantu dalam masalah seperti:

1) Obesiti
2) Sawan
3) Pencegahan stroke
4) Penyakit ginjal (Nephropathy)
5) Kebas-kebas (Neuropathy)
6) Penyakit jantung.
7) Kolestrol tinggi.
 Saluran darah sempit (Artherosclerosis).
9) Asthma
10) Penyusuan bayi
11) Masalah psikologi (Kemurungan, Bipolar disorder)
12) Kanser
13) Osteoporosis
14) Pre-Eclampsia (Darah tinggi semasa hamil)
15) SLE
16) Kurangkan risiko kanser payudara
17) Darah tinggi
18) Migraine
19) Masalah paru-paru (COPD)
20) Kanser Kolon
21) Diabetis
22) Eczema
23) Endometriosis
34) HIV
25) Gout
26) Dyslexia
27) Terbakar (Burns patient)
28) Glaucoma
29) Exercise performance enhancement
30) Inflammatory bowel disease
31) Leukemia
32) Senggugut
33) Premature birth prevention

Hebat kan? It's the Nutrition Power! 

Beri tubuh zat yang dia perlukan - dia akan tahu perbaiki mesinnya sendiri

Att: Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan mencairkan darah seperti Aspirin, Heparin atau Warfarin. Anda perlu berbincang dengan doktor sebelum pengambilan - risiko darah terlalu cair dan boleh menyebabkan pendarahan.





Boleh hubungi untuk info produk & penghantaran;

Whatsapp 017 7001749
SID : 881907





Sunday, December 1, 2013

12 Makanan SUPER | Kaya Vitamin C Berbanding Oren

Kita sering mengambil Vitamin C setiap kali kita menghidapi batuk dan selsema. Kajian mendapati bahawa pengambilan Vitamin C tidak dapat menghalang selsema. Pengambilan supplement yang tepat menolong mempercepatkan proses penyembuhan penyakit dan mengurangkan simptom penyakit.




1- Cili Merah
Setengah cawan cincangan atau potongan dadu cili merah membekalkan 107.8mg Vitamin C. Tambahan pula, kandungan capsaicin di dalamnya membantu meredakan masalah sendi dan otot. 






2- Lada Benggala Merah
Secawan penuh cincangan lada benggala merah mengandungi hampir 3 kali ganda vitamin C dari sebiji oren  - 190mg sahaja . Lada benggala merah juga merupakan sumber Vitamin A yang baik menyokong kesihatan mata.




3- Lada Benggala Hijau
Secawan penuh cincangan lada benggala hijau mengandungi kurang vitamin C , 120 mg, tetapi masih memenuhi 200% keperluan harian anda. Lada benggala hijau juga merupakan sumber  serat  yang baik.






4-Kailan
2 kali ganda saranan pengambilan harian Vitamin A anda dan 7 kali saranan penambilan Vitamin K, secawan hidangan kale mengandungi  80.4 mg Vitamin C.




5-Brokoli
Sayuran ini mengandungi  132 mg Vitamin C dengan tambahan serat Cuma sebanyak 30 kalori dalam satu hidangan. Tambahan kajian menunjukkan brokoli  mempunyai khasiat anti-kanser





6- Betik
Kajian menunjukkan pengambilan betik membantu melegakan selsema, mencerahkan kulit dan menguatkan tulang. Satu cawan hidangan menghidangkan 88.3 mg Vitamin C.




7- Strawberi
Secawan buah super ini mengandungi  84.7 mg Vitamin C dengan tambahan asid folat bagi menyokong kesihatan jantung. Ia juga membantu memutihkan gigi secara semulajadi.





8- Kubis Bunga
Membekalkan 127.7 mg Vitamin C dengan tambahan 5 gram serat dan 5 grams protein. Boleh dimasak menggunakan kaedah panggang atau kukus bagi mengekalkan khasiatnya.




9- Tauge
Padat dengan khasiat anti kanser, fito nutrients dan serat. Ia mengandungi 74.8 mg Vitamin C.




10- Nanas
Padat dengan 78.9 mg Vitamin C, nanas mengandungi “bromelain” iaitu sejenis enzim pencernaan yang membantu memecahkan makanan dan mengurangkan kembung. “Bromelain” juga bertindak sebagai anti-inflamasi semulajadi.






11-Kiwi
Satu hidangan kiwi (lebih kurang 2 biji) membekalkan  137.2 mg Vitamin C. Buah yang kaya jus ini juga kaya dengan mineral potassium and kuprum.





12- Mangga
Buah tropika ini membekalkan 122.3 mg Vitamin C. Mangga merupakan sumber yang kaya Vitamin , seperti Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti tubuh dan mengekalkan kesihatan mata.



 - Izzah Razak
    SID : 881907
    Fb Page : http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore