Friday, November 22, 2013

KETUAT | RAWAT SEBELUM PARAH

KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita. Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.
Ketuat disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV) boleh menjangkiti mana-mana bahagian kulit boleh terutama tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.
Jangkitan boleh merebak ke lain-lain anggota badan atau individu yang lain melalui sentuhan. Mereka yang sering terdedah kepada kotoran, mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat.

----------------
JENIS-JENIS KETUAT
===========
Terdapat lebih 150 jenis ketuat dan ia bergantung kepada kawasan di mana ketuat itu wujud.




-------------------------------
1- KETUAT BIASA (COMMON WARTS)
=====================
Ketuat jenis ini biasanya terjadi di bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti akan membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit.





-----------------------------
2- KETUAT FILIFORM (FILIFORM WARTS)
===================
Ketuat jenis ini berbentuk unjuran panjang seperti jari dan boleh berlaku di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.





---------------------------
3- KETUAT PLANTAR
==============
Ketuat jenis ini kelihatan seperti biji-biji leper di permukaan kulit dan warnanya seperti warna kulit dan ia terjadi pada permukaan kulit yang lembut.






--------------------------
4- KETUAT KAKI (PLANTAR WARTS)
=================
Ketuat jenis ini menimbulkan kesakitan kepada individu apabila berat badan menekan kawasan yang dijangkiti terutama apabila berjalan atau berlari. Lazimnya terdapat bintik hitam disebabkan oleh pendarahan kecil di permukaannya. Penggunaan alas berbentuk bulat seperti donut pada bahagian tersebut akan membantu mengurangkan kesakitan.


----------------------------
6- KETUAT KELAMIN (GENITAL WARTS)
==================
Ketuat jenis ini bersifat lembut, lembap dan tidak sakit. Ia berwarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur (anal warts) dan kadangkala muncul di faraj. Bagi wanita, ketuat kelamin berpotensi menyebabkan kanser, terutamanya barah pangkal rahim.
Oleh kerana lazimnya penyakit ini tidak ada gejala, kaum maka wanita dinasihatkan menjalankan ujian `pap smear' secara berkala terutama mereka yang menjangkau umur 40-an.
Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dijalankan dengan segera kerana risiko virus HPV menjangkiti bayi adalah tinggi semasa melahirkan anak terutamanya apabila bayi tersebut dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi dilahirkan akan melalui kawasan yang dijangkiti dan mendedahkannya kepada jangkitan.


--------------------------------
5 KAEDAH RAWATAN
-------------------------------
1- Salap Asid Salisilik
Salap ini perlu disapukan di bahagian yang dijangkiti. Setelah ketuat tersebut kering, ia akan dikikis. Keruping perlu dibuang secara berhati-hati kerana sekiranya terkena mana-mana bahagian kulit yang sihat, virus boleh tersebar.

2- Podophyllin
Merupakan satu teknik rawatan yang menggunakan sejenis tumbuhan. Ubat ini disapu di bahagian yang dijangkiti bagi memusnahkan tisu di tempat yang dijangkiti di permukaan kulit.

3- Interferon & Asid Trichloracetic (TCA)
Ubat Interferon akan disuntik secara langsung kepada kawasan yang dijangkiti manakala TCA akan disapu di permukaan ketuat.

4- Terapi Cryo
Nitrogen cecair akan dikenakan pada ketuat dan apabila kering ketuat tersebut akan jatuh atau mengecut. Namun begitu, rawatan ini selalunya perlu dijalankan berulang-kali.

5- Pembedahan
Kaedah ini diambil bergantung kepada kesesuaian tempat dan jenis bentuk penyakit. Ketuat akan dibuang terus termasuk akar dan lain-lain tisu yang dijangkiti oleh virus tersebut.

-----------------
PENCEGAHAN
----------------
Bagi sesetengah orang, ketuat boleh hilang dengan sendirinya dalam masa 6 hingga 2 tahun. Namun begitu ini tidak bermakna ketuat tidak akan terjadi semula. Kebersihan diri memainkan peranan dan memastikan kulit sentiasa sihat.

Jangan sesekali cuba membuang ketuat dengan memotongnya sendiri kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang lain dan kadangkala menyebabkan ketuat terjadi dengan lebih teruk.

Bagi mereka yang mengidapi penyakit ini, dinasihatkan supaya jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. 

- Izzah Razak

Thursday, November 21, 2013

41 Topeng Gula



Masih terngiang-ngiang pembentangan bajet 2014 "Harga gula naik 34sen kepada RM2.84 bermula 26 oktober 2013" .Pelbagai perasaan bercampur-baur tentang pemansuhan subsidi gula. 

Ada yang risau, ada yang marah tak kurang juga yang cool. Mungkin kerana di rumah Cuma mengambil minuman segera “3 in 1”. Minuman segera ini mengandungi lebih banyak kalori berbanding minuman yang dibancuh secara manual dengan menambah sendiri gula.

Minuman ekspress menggunakan gula yang dan krimer yang banyak yang ia boleh memudaratkan kesihatan. Sekali-sekala atau kita pergi bercuti kita boleh membawa bekalan makanan dan minuman segera.

Atau jika kita ingin mengambil minuman ekspress, kita boleh menambah air yang banyak bagi menambah kecairannya bagi mengurangkan rasa manis.

Kali ni nak kongsikan pula nama-nama lain bagi gula yang diguna pakai samada dalam industri pemprosesan makanan atau minuman.

Perlu diingat dalam pada kita nak kurangkan penggunaan gula atas faktor menjaga kesihatan dan kecantikan, jangan pula lupa makanan atau minuman diproses juga "mungkin" mempunyai kandungan gula tersembunyi yang tinggi.

Gula yang boleh kita elakkan adalah yang kita nampak dengan mata kasar seperti gula pasir, gula castor, gula perang, gula merah , gula-gula dan sebagainya. 

Akan tetapi, industri pemprosesan makanan dan minuman tidak boleh lari dari penggunaan gula dalam produk mereka. Ini disebabkan gula berperanan sebagai pengawet bagi memastikan produk mereka tahan lama di pasaran. 

Antara nama lain yang mungkin diguna pakai bagi produk menggantikan gula atau sebagai agen pemanis dalam minuman/ makanan yang dicetak pada bungkusan produk tertentu ialah:

1) Agave nectar
2) Barley malt
3) Brown rice syrup
4) Brown sugar
5) Beet sugar
6) Black strap molasses
7) Coconut palm sugar
8) Corn sweetener
9) Cane sugar
10) Caramel
11) Carob syrup
12) Corn syrup
13) Corn-syrup solids
14) Crystalline fructose
15) Dehydrated cane juice
16) Dextrin
17) Date sugar
18) Dextrose
19) Dried oat syrup
20) Evaporated can juice crystals
21) Evaportated cane juice
22) Fruit juice concentrate
23) Glucose
24) Golden syrup
25) Gum syrup
26) High-fructose corn syrup
27) Honey
28) Inverted sugar
29) Muscavado
30) Malt syrup
31) Maltodextrin
32) Maltose
33) Maple syrup
34) Refiner’s syrup
35) Palm sugar
36) Sucanat
37) Sucrose
38) Simple syrup
39) Sorghum syrup
40) Treacle
41) Turbinado

Jadi, sebagai pengguna bijak kita mesti sentiasa meneliti label setiap produk untuk mengetahui berapa kuantiti gula atau agen pemanis lainnya yang diguna pakai dalam sesuatu produk tersebut.

Tarikh luput juga perlu dilihat bagi mengetahui kadar gula atau agen pemanis yang ditambah ke dalam produk tersebut. Kebisaannya, lebih lama tarih luput tersebut, kadar gula atau agen pemanis yanh ditambah juga lebih banyak.

Nak sihat bukan sekadar kita kurangkan bilangan sudu gula yang digunakan dalam makanan/ minuman tapi juga kita perlu prihatin kuantiti gula dan kaum kerabatnya dalam setiap produk siap proses lainnya yang kita ambil.

Wednesday, November 20, 2013

4 Tips Kenal Pemanis Tiruan Dalam Makanan

1) Mengeringkan tekak | Salah satu ciri yang jelas yang membolehkan kita membezakan terdapat pemanis tiruan adalah rasa tekak yang kering setelah menikmatinya. 

Secara automatik anda akan merasa haus yang amat sangat.  Jika tidak segera “dibilas” dengan meminum air kosong, biasanya akan menyebabkan kita batuk dan mendapat penyakit tekak yang lain.

2) Secara Fizikal | Kita dapat membezakan minuman yang mengandungi pemanis tiruan atau pemanis semulajadi dengan melihat konsistensi minuman yang lebih cair.

Misalnya, sirap yang mengandungi pemanis tiruan akan lebih cair berbanding yang menggunakan pemanis semulajadi.

3) Rasa Pahit Yang Tertinggal | Pemanis tiruan yang terkandung dalam makanan atau minuman akan meninggalkan sisa rasa pahit di dalam mulut. Ini disebabkan oleh kehadiran kandungan bahan kimia sebagai bahan baku pemanis tiruan tersebut.

4) Rasa Manis Yang Pekat | Pemanis tiruan dibuat dengan kadar rasa manis yang lebih tinggi berbanding pemanis semulajadi. Meskipun kadar pemanis tiruan ini sedikit, namun rasa manisnya sudah tinggi sehingga harus dicairkan dengan air yang lebih banyak.

"Cegah Sebelum Singgah: :)



- Izzah Razak
   fb Page: Sunnah Superstore
   SID : 881907
   Whatssap : 017 7001749

9 Keajaiban Secawan Teh-O

 


Minuman ‘teh tarik’ amat popular sebagai minuman harian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Teh banyak ditanam di kawasan tanah tinggi di seluruh dunia.

Terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hitam, teh hijau, teh putih dan lain-lain. Nama saintifik tumbuhan teh ini adalah ‘Camella sinensis’ yang menjadi asas kepada semua jenis teh.

Perbezaan rasa dan khasiat teh bergantung kepada tanah tempat ia ditanam, ketinggian tanah, cuaca, dan proses penghasilannya.

1- Teh tidak mengandungi sebarang zat mineral, vitamin, protein, karbohidrat, garam, kolestrol atau lemak. Kandungan kalorinya juga amat rendah iaitu hanya 2 kalori setiap 237 gram. Ia juga mengandungi kafein. 

2- Kandungan antioksidan yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid (theaflavin, epicatechin, epigallocatechin, epigallocatechin-3-gallate) yang memberikan teh khasiat kesihatan yang baik.

3- Kajian menunjukkan teh hijau mengandungi kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hitam. Antioksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh manusia. Menurut kajian oleh Dr J.Weissburger dari Institut of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi antioksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kajian beliau juga menunjukkan polifenol dalam teh mampu mencegah kerosakkan DNA akibat daripada merokok dan bahan kimia lain.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan apabila teh dicampur dengan susu atau krimer, maka kesan antioksidan akan berkurangan. Oleh itu, lebih baik minum teh ‘O’ dari teh tarik.

4- Untuk mendapat faedah kesihatan lebih baik, minuman teh tanpa gula lebih digalakkan seperti minuman ‘teh cina’. Walaupun terdapat kajian mendapati tiada faedah kesihatan yang baik dengan minum teh tetapi terdapat lebih banyak kajian mendapati sebaliknya.

5- Lebih banyak kajian sains menunjukkan, jika seseorang minum teh setiap hari, dapat menurunkan risiko serangan kanser, serangan jantung, darah tinggi, strok serta menurunkan paras kolesterol LDL dan Alzheimer.
6- Menurut analisis statistik, dengan minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat serangan jantung sehingga 11 peratus.

Kandungan antioksidan dalam teh dipercayai menurunkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok dengan menurunkan paras kolesterol, stres oksidatif dan meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah. Teh boleh mencegah masalah pengerasan saluran darah (atheroslcerosis) dan menurunkan paras trigliseride (lemak).

7- Minum teh dapat mencegah kanser kerana antioksidan dalam teh akan melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu, ia boleh menurunkan risiko mendapat kanser paru-paru, ovari, mulut, kulit, pankreas, rektal dan usus. 

8- Satu kajian ke atas perokok yang diberi minum teh hijau yang dinyah kafein sebanyak empat cawan setiap hari, mendapati terdapat 31 peratus penurunan kerosakan DNA akibat merokok berbanding perokok diberi minum air kosong saja.

Pada tahun 1998, satu kajian dibuat ke atas pesakit kanser payu dara tahap I dan II di Jepun. Mereka diberikan minuman lima cawan teh hijau setiap hari selepas didiagnos mendapat kanser ini. Pesakit ini menjalani rawatan yang sepatutnya di hospital. Hasil kajian ini mendapati kanser payudara mereka tidak berulang dan tempoh bebas kanser adalah lebih panjang. 

9- Kajian kepada 81,093 wanita yang minum teh setiap hari mengurangkan risiko sehingga 8% mendapat batu karang buah pinggang manakala ke atas 46,289 lelaki mendapati penurunan risiko sehingga 14% mendapat masalah yang sama.

Yang mana satu teh Idaman Kalbu? <3

Izzah Razak
Page : Sunnah Superstore
SID : 881907
Whatssap : 017 7001749

Sunday, November 17, 2013

KEAJAIBAN BERNAFAS

 Seseorang boleh hidup tanpa makanan untuk jangkamasa panjang, untuk beberapa hari tanpa air tetapi kita akan mati dalam beberapa minit sahaja sekiranya tiada oksigen.

Oksigen adalah kunci kehidupan dan setiap organ dalam tubuh akan terganggu fungsinya sekira tiada oksigen yang mencukupi.

Oksigen = Hidup.

Dalam banyak situasi, kita tidak menggunakan potensi pernafasan atau teknik pernafasan yang optimum.

Secara purata, kita hanya menggunakan 2/3 sahaja paru-paru kita untuk bernafas, implikasinya ialah kemasukan oksigen ke dalam tubuh tidak mencapai tahap yang maksimum.

Kualiti dan kuantiti kita bernafas itu yang menentukan kadar aktiviti sel dan zarah dalam badan kita.

TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL & KEGUNAANNYA <3 <3

1] Menarik nafas dari hidung dan keluar nafas melalui hidung juga dapat mengatasi masalah gemuruh:

Oksigen-->masuk--->ke Hidung---->keluar---->melalui hidung
(dapat mengatasi masalah gemuruh)

2] Menarik nafas dari hidung dan keluar melalui mulut dapat menurunkan perasaan marah:

Oksigen------>masuk----->ke Hidung---->keluar----->mulut
(dapat menurunkan perasaan marah)

3] Menarik nafas dari mulut dan keluar melalui hidung dapat meningkatkan sel otak dan untuk menjana idea-idea.


Oksigen---->masuk----->ke mulut---->keluar----->hidung
( untuk mendapat idea-idea baru)

4] Menarik nafas dari mulut dan keluar melalui mulut juga dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

Oksigen---->masuk----->ke mulut----->keluar----->mulut
(mengurangkan kesakitan)

:: Optimal Abdominal Breathing : Pastikan Perut kembung tetapi bahu tidak terangkat ketika pernafasan ::



Cuba Try Test..Boleh?


Selamat Bernafas.

- Izzah Razak

Saturday, November 16, 2013

MIGRAIN

Bagi mereka yang tidak pernah mengalami migraine mungkin menganggapnya sesuatu yang biasa. Hanya mereka yang pernah menghadapinya sahaja tahu betapa peritnya sakit dari MIGRAINE ini.

Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

---------------
Apa itu Migrain?
--------------

Ia merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik. Kira-kira 12 peratus golongan dewasa di negara ini menghidapi migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid.

Apabila migrain menyerang, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebabnya.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius.

Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i) Migrain yang wujud bersama aura
ii) Migrain tanpa aura.

Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit.

Gejala Migrain Dengan Aura:
- pandangan menjadi kabur
- nampak garisan seperti zig-zag
- gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik.
- Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang
- Pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu (keadaan kronik). Keadaan ini dikenali sebagai skotoma.
- kebas sebelah tangan
- lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan.

Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura.

Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

-------------------
Serangan migrain
------------------

- 40% migrain dialami di seluruh kepala
- 40% bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala
- 20% lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

---------------
Gejala Migrain
---------------
Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali.

Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain.

Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.





- Izzah Razak

KEHAMILAN DAN DIABETES

                       
                                      



KEHAMILAN DAN DIABETES | Diabetes (kencing manis) ialah peningkatan kadar gula dalam darah. Ini kerana pankreas tidak dapat menghasilkan kuantiti insulin yang cukup untuk mengawal gula dalam darah.

Kekurangan insulin ini menyebabkan glukosa tidak dapat ditukar menjadi tenaga di dalam sel badan dan terkumpul di dalam darah secara berlebihan.

Punca berlakunya diabetes ialah perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan laktogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil. Ia adalah satu perkembangan yang sihat.

Tetapi kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami kekerangan hormon insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan.

Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon dalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan.

ღღ 7 FAKTOR-FAKTOR DIABETES ღღ

1) Sejarah keluarga yang menghidapi diabetes.
2) Obesiti atau kegemukan.
3) Mengambil makanan yang mempunyai kanji yang banyak dan tinggi lemak tepu.
4) Mempunyai sejarah semasa kandungan terdahulu.
5) Pernah melahirkan bayi bersaiz besar (lebih 4kg).
6) Wanita yang berumur 35 tahun keatas.
7) Tidak aktif dan tidak bersenam.

ღღ 5 RISIKO KEPADA KANDUNGAN ღღ

Penerimaan gula yang terlalu banyak dalam darah akan mengakibatkan bayi dalam kandungan cenderung mengalami masaalah kesihatan selepas dilahirkan.

Jika ibu tidak mengawal kandungan gula, bayi yang dikandung berisiko tinggi mengalami masalah-masalah berikut:

1) Berisiko mengalami kecacatan atau masalah dengan organ utama (jantung, buah pinggang, dan otak). Sesetengahnya boleh menyebabkan kematian dalam kandungan.
2) Demam kuning (Jaundis) yang tinggi dan berpanjangan.
3) Gula dalam darah yang rendah (Hipoglisemia)
4) Dipaksa dilahirkan pra-matang (sebelum 37 minggu)
5) Kedudukan bayi yang tidak stabil.

ღღ 6 TIPS KAWAL DIABETES ღღ

1) Mengubah cara pemakanan, mengikut diet khusus untuk pesakit diabetes,biasanya doktor yang akan memberi diet tersebut.
2) Periksa paras gula dalam darah setiap hari.
3) Bersenam 10-30 minit setiap hari.
4) Ubatan dan suntikan insulin
5) Kurangkan makanan yang tinggi kanji, lemak tepu yang tinggi dan penggunaan gula yang tinggi dalam pemakanan harian.
6) Pengambilan suplemen juga sangat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah.

Diabetes semasa hamil tidak mengenal sesiapa walaupun si ibu bukan penghidap diabetes sebelum hamil, apatah lagi kepada si ibu yang sememangnya penghidap diabetes sebelum hamil.

Makanan yang seimbang dan penjagaan kalori dalam makanan adalah kunci utama yang harus diamalkan sebelum hamil umtuk mengelakkan menghidapi pelbagai penyakit tatkala hamil.

Untuk info lebih lanjut atau untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma boleh menghubungi saya di talian 017 7001749

~Izzah Razak~