Saturday, October 26, 2013

10 PEROSAK SENYUMAN



Senyuman yang cerah dengan deretan gigi putih dan rapi akan membuat seseorang terlihat lebih menarik. Menggosok gigi secara rutin saja ternyata tidak mencukupi untuk membuat gigi kekal putih dan sihat. Kenali faktor yang merosakkan senyum anda.

1. Sport Drink  |  Minuman ini semakin popular, tetapi jika anda mengidamkan gigi putih sebaiknya menghindarinya. Kajian menunjukkan kadar keasidan yang sangat tinggi menyebabkan kerosakan gigi. Selain itu, kandungan gula dalam minuman ini menjadi makanan bagi bakteria yang menghasilkan asid pada gigi.

2. Diabetes  |   Diabetes boleh mengurangkan kemampuan tubuh melawan jangkitan sehingga penderita diabetes lebih mudah menderita penyakit gusi. Memantau kadar gula darah serta rutin membersihkan gigi dapat mencegahnya.

3. Rokok  |    Merokok bukan hanya membuat gigi menjadi kuning tapi juga merosakkan gusi. Tar dalam rokok diketahui akan memicu pembentukan lapisan melekat pada gigi yang boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria.

4. Waktu Menggosok Tidak Tepat   |   Meski menggosok gigi selepas makan sangat digalakkan, tetapi sebaiknya anda menunggu satu (1)  jam untuk menggosok gigi setelah memenikmati minuman atau makanan dengan kandungan asid tinggi, seperti kopi, buah, soda, atau wine.

5. Makanan Manis  |    Gula-gula dan makanan manis sememangnya merosakkan gigi, namun asid yang dihasilkan saat kita mengecap gula mengakibatkan enamel gigi lebih tipis dan berisiko gigi berlubang. Untuk mencegahnya, segera berkumur dengan air setiap kali habis menikmati makanan manis.

6. Minuman Panas  |    Kopi dan juga teh mengandung tanin yang meninggalkan noda pada gigi. Kawal meminum minuman tersebut dan minum lebih banyak air putih. Menambahkan susu ke dalam minuman anda dapat membantu meneutralkan asid.

7. Softdrink   |    Minuman ini mengandung gula sangat tinggi sehingga jika sering diminum boleh mengakibatkan gigi berlubang, gigi tanggal, serta kesan kehitaman pada gigi. Apabila anda sangat ingin minum soda, sebaiknya gunakan penyedut minuman dan segera berkumur dengan air putih untuk meneutralkan asid di dalam mulut. 

8. Pil Pelangsing  |   Sama seperti ubat-ubatan lain, pil pelangsing juga menyebabkan pengaliran air liur berkurang sehingga mengakibatkan mulut lebih kering dan berisiko tinggi menderita sakit gusi, gigi berlubang, dan rasa tidak selesa.

9. Diet Ketat  |   Diet ketat dan pola makan yang buruk akan membuat tubuh kekurangan vitamin dan nutrisi yang diperlukan. Demi menjaga kesihatan gigi dan mulut, penuhi keperluan vitamin B, folat, protein, kalsium, dan vitamin C.

10. Arak  |    Waspadalah para pencinta arak kerana kebiasaan minum arak memberi kesan buruk kepada enamel gigi. Kandungan asid dalam arak diketahui dapat melarutkan struktur gigi dan merubah warna gigi.

- Izzah Razak
  fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

TIPS DETOX MUDAH & JIMAT

Puasa bertindak sebagai penawar kepada masalah :

~ Berat badan berlebihan
~ Penghadaman tidak sempurna
~ Stress 
~ Kolesterol berlebihan

BONUS :
Puasa merupakan terapi yang amat berkesan baik bagi perokok untuk berhenti daripada tabiat merokok. Jika seseorang boleh bertahan tidak merokok ketika berpuasa teruskanlah tidak merokok sepanjang malam.

Cuma 2 hari seminggu, Isnin & Khamis

Jom Amalkan.
Pilihan di tangan kita.




- Izzah Razak.
  fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore





SOAL HATI ..
"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Bermakna"

Sayangi hati anda.. 

9 PERKARA, BILA HATI BERBICARA !!! | Hi... Saya Adalah Hati Anda! Izinkan saya memberi tahu anda sebanyak mana saya menyayangi anda:

1. Saya menyimpan zat besi, vitamin & mineral lain untuk keperluan anda. Tanpa saya, anda tidak mempunyai kekuatan untuk hidup!

2. Saya menghasilkan protein baru untuk keperluan badan anda supaya kekal sihat & membesar. Tanpa saya anda tidak boleh membesar dengan sempurna.

3. Saya menghasilkan hempedu bagi membantu mencernakan makanan anda. Tanpa saya, makanan akan bazir, nutrisi tidak dapat diserap oleh badan.

4. Saya menyimpan tenaga seperti bateri. Dengan menyimpan stok gula (karbohidrat, glukos & lemak) sehingga anda perlukannya.
Tanpa saya, paras glukosa anda boleh jatuh mendadak & boleh menyebabkan anda koma.

5. Saya menghasilkan darah untuk sistem badan anda berfungsi
Tanpa saya, badan anda tidak boleh berfungsi!

6. Saya menyah toksin semua bahan kimia berbahaya yang anda beri saya – termasuk alkohol, bir, wain & ubat-ubatan. Tanpa saya, “tabiat buruk” anda akan membunuh anda.

7. Saya mengeluarkan racun dari udara, ekzos asap & bahan kimia yang anda bernafas. Tanpa saya anda akan keracunan akibat pencemaran!

8.Saya bantu anda melawan jangkitan terhadap kuman berbahaya. Tanpa saya, anda akan menghidapi pelbagai jenis jangkitan.

9. Saya mencipta faktor pembekuan yang bantu memberhentikan pendarahan. Tanpa saya, pendarahan tidak dapat dihentikan.


Sekarang anda tahu betapa saya mengambil berat tentang anda.
Jadi, layanilah saya dengan memberi khasiat dan penjagaan yang sihat.

“Memberi hati anda khasiat dan penjagaan yang diperlukan ”
ღ Memulihkan tenaga.
ღ Menggalakkan kulit yang sihat
ღ Berasa lebih sihat dan segar.
ღ Menggalakkan fungsi hati yang sihat.

DTX Complex:
❣ Melindungi sel hati
❣ Merangsang pembaikan dan regenarasi sel hati
❣ Mengekalkan pengaliran hempedu yang normal
❣ Membantu mengeluarkan toksik daripada badan
❣ Mengandungi herba-herba seperti Milk Thistle, Kunyit, Artichoke yang penting untuk membaikpulih sel hati.

Sayangilah hati anda !!!





Free Consultation  :)
Call/ SMS to 017 7001749 (Fiza)

PARKINSON.. PEMBUNUH SENYAP




Terdetik di hati untuk berkongsi perihal penyakit ini,memandangkan saya mempunyai saudara yang menderita Parkinson.

Dia menderita sedari umur yang agak muda dlm lingkungan 40an. Akibat tekanan perasaan, hidupnya dihabiskan dengan berada di "dunianya" sendiri. Ada ketikanya tersenyum sendiri, berjalan perlu dipimpin jika tidak, tubuhnya akan melayang. Kasihan kan?..

Parkinson adalah keadaan di mana daya kawalan otot seseorang merosot teruk sehingga penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini. Biasanya, pasangan (suami atau isteri) adalah orang pertama menyedari gejala ini.

Penting untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson masih berpeluang menjalani kehidupan sempurna seperti insan normal.

7 Gejala Parkinson:
************
1. Tangan, kaki atau badan menggeletar
2. Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)
3. Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari
4. Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan.
5. Tekanan darah akan lebih tinggi
6. Serangan bermula pada sebelah badan
7. Keadaan menjadi lebih parah jika dalam emosional

Kajian mendapati kira-kira 5% pesakit mula diserang Parkinson sebelum mencecah umur 40an. Dianggarkan jumlah pesakit melonjak dalam tempoh 10 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang semakin panjang.

Sehingga kini penawar Parkinson belum ditemui. Ubat di pasaran hanya mampu mengawal dan meredakan gejala penyakit.

Saya tak sampai hati tengok saudara sendiri macam tu. Terdetik rasa berdosa yang amat sangat jika sya sendiri tak boleh nak bantu baikpulihkan dia. Apa guna ada Shaklee? Apa guna ada Vivix?

Takkan pula tergamak membiarkannya terus begitu. Sampai bila? So, saya suggest Vivix kepadanya, dengan harapan dia boleh berjalan dgn lajunya hihihihi. Bila dia tgk botol tu, dia suka, senyum dan mula terus minum tanpa miss sehari pun!

Selepas sebulan dia consume Vivix, saya mendapat panggilan telefon dari anak saudaranya, "Pak Long skrg dah lain, tak tau sebab ubat hospital atau sebab dia makan Vivix tu..katanya kaki dia dah tak rasa sakit-sakit, bisa-bisa pun dah hilang, kepala sudah tak pening, jalan pun laju , tidak lagi melayang-layang. Sebelum ni memang berpimpin je. Sekarang, kita nak pimpin tangannya, ditolaknya tangan kita tak bagi pegang dah ..hehehehehe".

Alhamdulillah. Berbunga-bunga hati mendengarnya.

Senyummmm , tak perlu kata apa-apa. Syukur Ya Allah :)

Share is Care | Hidup utk memberi rasa nikmat yg bahagia




"Safety First, Not Sorry First"
Call/ SMS to 017 7001749 (Fiza)

Thursday, October 24, 2013

4 TIPS HILANGKAN JERAWAT DENGAN PEMAKANAN


1) PENGAMBILAN 'ZINK'  |  Telur, bijirin dan cendawan merupakan su,ber utama zink tang dapat merawat jerawat.

Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai dalam badan bagi melawan pelbagai penyakit temasuklah jerawat.


2) KURANGKAN PENGAMBILAN GULA  |   Walaupun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk.

Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah kek, coklat dan minuman ringan.

3) PENGAMBILAN VITAMIN MERAWAT JERAWAT  |  Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5.

Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang, tembikai dan epal.


4) KHASIAT IKAN MEMULIHKAN JERAWAT  |  Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, malah mengandungi omega 3 yang memberikan kebaikan kepada kulit dengan mencegah pembentukan jerawat.

Pilihan yang lebih sihat semestinya dimasak sup atau digrill daripada ikan yang di goreng !





Salam Ceria :)

- Izzah Razak



4 TIPS UKUR SUHU DEMAM SI MANJA

   
Demam bukan suatu penyakit. Ia adalah suatu peningkatan suhu tubuh ketika memberi tindak balas jangkitan, luka, atau radang. Demam adalah reaksi normal tubuh ketika kuman penyakit memasuki tubuh.

Ini merupakan mekanisma pertahanan tubuh semulajadi atau akibat jangkitan virus yang bersifat perlindungan dari diri sendiri dan biasanya sembuh dengan sendirinya.Walaupun begitu, sebagai ibu bapa kita harus berwaspada jika demam menyerang anak kita.

Bagaimana cara sebenar mengukur demam anak menggunakan termometer? 

1 - Jika anak anda masih bayi, lakukan pengukuran suhu melalui dubur (rectal). Hal ini karena suhu dubur paling mendekati suhu tubuh yang sebenarnya. Suhu di bahagian ketiak adalah sekitar 0.5 – 0.8 darjah lebih rendah dari suhu rectal.

2 - Jika anak anda sudah besar boleh melakukan pengukuran di mulut atau telinga.

3 - Ambil bacaan suhu minima selama 1 minit atau sehingga keluar bunyi di termometer.  Jaga pergerakan anak, karana ini akan mengganggu hasil pengukuran.

4 - Ambil bacaan menggunakan termometer, jangan melakukan pengukuran dengan hanya merasa kulit si manja.


- Izzah Razak





 
Noreen Noor Meninggal Dunia
*******************************

9 Fakta Sakit Jantung:
===============

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelakon dan penyanyi popular Noreen Noor yang baru berusia 54 tahun, meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.





1) RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga yang beranggapan mereka tidak akan berhadapan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.

2) Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun diberikan secara PERCUMA.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

3) Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah sehingga menimbulkan rasa sakit apabila penyakit sampai ke tahap serius.

4) Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.

5) Bagaimanapun, kita perlu lebih berwaspada dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda-tanda di bawah:

- Sakit belakang.
- Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- Darah keluar bersama-sama air kencing.
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
- Bengkak pada pergelangan kaki.


Semua gejala di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kegagalan buah pinggang. Kebisaannya, gejala di atas dianggap biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

6) Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, air berlebihan dan sisa buangan dari badan. Bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal, sehingga mencecah RM300,000!

7) Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh mengakibatkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

8) Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

9) Antara amalan pencegahan kegagalan buah pinggang adalah:

- Berhenti merokok.
- Pemakanan seimbang.
- Kekalkan berat badan ideal.
- Minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.
- Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.

Kita menghantar kereta untuk dibaiki dan servis secara berkala, tetapi sejauh manakah kita mengambil berat tentang `enjin` kita yang satu-satunya ini untuk meneruskan hayat kita? Fikirkanlah!

Sayangi Jantung anda dengan Omega, Vita E, Lecithin & Garlic.

Happy To Help
Inbox/ SMS to 017 7001749
Fb : http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore