Saturday, November 9, 2013

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN & CARA ATASI


Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya penyakit. 

Bagi orang yang mempunyai kesihatan normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari. 

✿✿ 9 Sebab Biasa Berlaku Sembelit:

• Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
• Kurang serat dalam diet.
• Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah kolon dan rektum.
• Kurang air.
• Masalah fungsi usus.
• Penyalahgunaan julap.
• Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.

Tetapi, sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan BUASIR yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, para ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana ditakuti menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.

Ini termasuk juga kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana dipercayai ‘sejuk’.

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang. Padahal, sayur dan buah tinggi kandungan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

✘ Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
✘ Otot abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
✘ Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

✿✿ 4 Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin:

❣ Banyak minum air, 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlu ditambah. Air membantu meningkatkan penghasilan susu, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit.

Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

❣ Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segera ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin.

Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, najis terkumpul menjadi lebih keras dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

❣ Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

❣ Makan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C.

Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.

--------------------------------------------------------------

Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin.

Supplemen yang disarankan adalah supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlaku proses PERISTALSIS; iaitu suatu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut.

Pengambilan supplemen ini juga perlu disertai dengan meminum air yang banyak.

✿✿ 4 Cara OSTEMATRIX Shaklee membantu:
(1) Tidur malam yang lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

Sebarang pertanyaan mengenai produk ini atau KONSULTASI PERCUMA dari saya, anda bolehlah menghubungi saya, Pn Izzah
H/P: 017-7001749 (sms /whatsapp)
http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
                      

Wednesday, November 6, 2013

6 RAHSIA - BAHAYA KURANG TIDUR


                            


                                


1. Keinginan Kunyah Makanan Berlemak Meningkat  |  Kurang tidur boleh melenyapkan hormon yang mengatur nafsu makan. Akibatnya, keinginan menikmati makanan tinggi lemak dan karbohidrat meningkat, sehingga menyebabkan keinginan makanan kalori tinggi.  

Jika selama 2 malam tidur anda tidak berkualiti, ini dapat menimbulkan rasa lapar berlebihan. Keadaan ini terjadi karena merangsang peningkatan hormon ghrelin, hormon penambah nafsu makan, dan mengurangkan hormon leptin sebagai penekan nafsu makan. 

2. Peningkatan Hormon Stress  |  Kajian yang dilakukan Universiti Chicago menunjukkan bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan pertumbuhan kortisol atau hormon stress. 

Bahkan pada petang dan malam dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah dan glukosa darah sehingga boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2. 

3. Lemah Antibodi  |  Mereka yang tidur kurang dari 7 jam semalaman boleh menahan rasa sejuk 3 kali lebih tinggi. Kajian lain mendapati, lelaki yang kurang tidur akan mengalami kegagalan menjaga respon imun atau kekebalan tubuh secara normal setelah menerima suntikan flu.  

Mereka yang kurang tidur, antibodi yang bekerja setelah suntikan vaksinasi hanya mampu bertahan paling lama 10 hari. Keadaan ini sangat berbahaya. Perbaiki kualiti tidur, maka kekebalan tubuh anda akan meningkat. 

4. Menimbulkan Pelbagai Penyakit  | Tidak menghairan, penyakit kronik seperti arthritis boleh terjadi apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.  

5. Risiko Kanser Lebih Tinggi | Senaman membantu mencegah kanser, tetapi terlalu sedikit memejamkan mata dapat merusak efek pelindungnya. Para atlit yang tidur 7 jam atau kurang semalaman memiliki kemungkinan menghidapi kanser 50% daripada mereka yang rutin melakukan senaman dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.  

Ini kerana kualiti tidur yang buruk menyebabkan gangguan metabolisme hormon dan dikaitkan dengan risiko kanser, dan boleh 'menghapus' manfaat senaman tersebut. 

6. Tampak lebih tua | Mereka yang kurang tidur biasanya memiliki kulit yang pucat dan wajah lesu. Lebih buruk lagi, peningkatan kadar kortisol memperlambatkan pertumbuhan kolagen yang mengakibatkan kedutan. 


Jadual Aktiviti & Rehat Tubuh 
**********************************
1. Jam 21.00 – 23.00  |  Waktu penyingkiran toksin pada bahagian sistem antibodi. Pada waktu ini sebaiknya dilalui dengan suasana tenang atau mendengar muzik. 
  
2. Jam 23.00 – 01.00  |   Saat proses penyingkiran toksin pada bagian hati, Aktiviti ini harus dilalui  dalam keadaan tidur nyenyak. 

3. Jam 01.00 – 03.00  |  Proses pembersihan toksin pada bahagian hempedu, masih dalam keadaan tidur nyenyak. 

4. Jam 03.00 – 05.00  |  Proses penyingkiran toksin di bahagian paru-paru. Pada wakti ini  akan terjadi batuk kuat bagi penderita batuk. Kerana proses pembersihan toksin telah sampai pada saluran pernafasan, maka tak perlu mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan kotoran. 

Alangkah baik kita bangun dan menghirup udara subuh, kerana masih bersih dan belum tercemari, hal ini di contohkan oleh Rasulullah SAW untuk bangun bagi mengerjakan solat sunat tahajud. 

5. Pagi Jam 05.00 – 07.00 : Pembersihan di bahagian usus besar. Ini merupakan waktu terbaik untuk system pelawasan iaitu pembuangan air kecil dan besar. 

6. Pagi Jam 07.00 – 09.00 : Waktu penyerapan nutrisi / zat makanan bagi usus kecil, waktu terbaik untuk pengambilan sarapan. Bagi orang yang sakit sebaiknya makan lebih awal pagi aitu sebelum jam 06:30.  

Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan, waktu sarapan terbaik adalah sebelum jam 07:30 Jika sebelum ini anda jarang sarapan pagi, segeralah mengubah tabiat ini. Sarapan pagi membantu tubuh menjadi sihat. 

7. Tidur lewat malam dan bangun lewat pagi akan mengganggu proses pembuangan toksik. Selain itu, dari tengah malam hingga Jam 04.00 subuh hening adalah waktu penghasilan darah bagi sumsum tulang belakang. 


- Izzah Razak
  http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

Tuesday, November 5, 2013

VIVIX & ANGIN AHMAR @ STROK





❦❦ Apa itu Strok/ Angin Ahmar? ❦❦

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan di mana berlaku penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. 

Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Antara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.

Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2001 terdapat 20 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

❦❦ Faktor Risiko Menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar ❦❦

3 Faktor Risiko Penyumbang Strok/ Angin Ahmar TIDAK BOLEH UBAHSUAI:

1- Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
2- Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
3- Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita. 

9 Faktor Risiko BOLEH UBAHSUAI Mendapat strok/Angin Ahmar:


1- Berat badan berlebihan
2- Tekanan Darah Tinggi
3- Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
4- Paras kolesterol tinggi
5- Merokok
6- Diabetis
7- Cara hidup tidak aktif 
8- Stress
9- Minuman keras - minum minuman keras berlebihan

❦❦ 7 Gejala Strok/ Angin Ahmar ❦❦ 

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

1- Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
2- Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
3- Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
4- Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
5- Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
6- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
7- Sukar menelan

❦❦ 5 Rawatan Strok/ Angin Ahmar ❦❦

Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :

1- Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
2- Dirawat dengan pemberian ubat (jika perlu)
3- Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
4- Mulakan rawatan pemulihan/ rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian (ADL)
5- Nasihat amalan pemakanan sihat (pemakanan kurang lemak, lebih sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambahan vitamin atau suplemen)

Bolehkah saya mengelak dari serangan strok/angin ahmar?
Ya!

❦❦ 8 Langkah Kawal Strok/Angin Ahmar ❦❦

1- Kawal tekanan darah
2- Kawal tahap Kolesterol
3- Kawal penyakit Diabetes
5- Berhenti merokok
6- Kerap bersenam
4- Amalkan pemakanan sihat (ingat pencegahan lebih baik dari rawatan!)
7- Tangani tekanan mental
8- Kurangkan pengambilan minuman keras

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.

Oleh itu, kita perlu peka tentang kesihatan dan jangan menganggapnya sesuatu yang remeh. Nikmat kesihatan adalah kekayaan yang sebenar! 

Jaga pemakanan, amalan gaya hidup sihat dan jangan "kedekut" mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membeli makanan tambahan atau vitamin yang dapat mengelakkan kita mengalami penyakit ini. 

Cegah Stroke@Angin Ahmar dengan Suplemen Shaklee. 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk ini, dan bagaimana produk ini bertindak, sila sms saya di 017 7001749 (fiza) 

http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

Monday, November 4, 2013

6 TIPS RENCATKAN SEL-SEL KANSER



Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam tubuh badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia berganda sehingga tahap bilangan billion. 

Setiap individu BERISIKO. Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Di bawah ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :

1) GULA merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia,manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan gula.

2) Kurangkan kekerapan minuman kafein tinggi seperti KOPI, TEH dan COKLAT. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong, ambil minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.

3) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang BERASID. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah langkah bijak.

Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.

4) Makanan tambahan seperti ANTIOKSIDA, RESVERATROL, VITAMIN dan MINERAL mampu meningkatkan sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan boleh menghapuskan sel-sel kanser.

VITAMIN E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

5) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran segar, kekacang dan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih BERALKALI.

6) SENAMAN secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.


Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. MINDA PROAKTIF dan POSITIF membantu melawan penyakit kanser.

Sikap negatif seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan berasid.

<3<3 Sayangi Diri Sendiri Untuk Menjaga Insan Yang kita Sayangi <3

Maafkan semua yang lain.


- Izzah Razak
  http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

Friday, November 1, 2013

10 TABIAT CEPAT TUA

1. Menonton TV  |    Kita semua tahu bahawa menonton televisyen selama berjam-jam mendatangkan kesan buruk kepada lingkaran pinggang. Tetapi tabiat ini juga boleh memendekkan jangka hayat anda.

Kajian dari University of Queensland menemui bahawa setiap jam yang anda habiskan di menonton  televisyen memendekkan umur anda sebanyak 22 minit. Kajian lebih lanjut juga mendapati bahawa menonton TV meningkatkan risiko penyakit Alzheimer.


2. Gula   |    Pengambilan gula terlalu banyak mendatangkan keburukan untuk lingkar pinggang kita. Namun, pengambilan gula yang tinggi juga boleh yang menghasilkan kedutan pada kulit.

Kandungan gula yang tinggi dalam darah mengakibatkan proses bernama “glikasi” merosakkan kolagen dalam kulit.


3. Pemanas  |    Kita menghabiskan wang membeli produk anti-penuaan, tapi kita sering membuat kulit cepat tua tanpa disadari. Pemanas dan pendingin hawa yang kita gunakan boleh mengeringkan kulit dengan cepat seterusnya menyebabkan penuaan awal dan kedutan.

Rendahkan suhu pemanas, menggunakan pakaian pelapis agar lebih hangat. Menyimpan segelas air dalam ruangan juga dapat membantu menambah kelembapan udara. Menggunakan krim wajah untuk mencegah kekeringan. 


4. Pekerjaan   |    Meski mempunyai pekerjaan merupakan kemestian bagi sebahagian dari kita, ia juga salah satu penyebab penuaan awal. Pertama, pekerjaan adalah sumber stres bagi kebanyakan orang, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan pempercepatkan penuaan sel.

Kedua, menghabiskan terlalu banyak waktu di tempat kerja mengurangkan waktu senaman, makan makanan sihat dan tidur. Untuk mengurangkan risiko, hindari waktu kerja yang terlalu panjang dan manfaatkan waktu malam untuk bersantai. 


5. Minum Menggunakan Penyedut Minuman   | Anda mungkin tahu, apa yang anda minum memengaruhi penampilan anda, tetapi anda mungkin terkejut bahawa minuman mempengaruhi umur anda.

Kenyataannya, minum menggunakan penyedut minuman dan secara langsung dari botol menyebabkan menghasilkan kedutan di sekitar bahagian mulut (sama seperti merokok). Cuba minum terus dari gelas untuk menghindar kedutan.


6. Mendengar Muzik Berbunyi Kuat  |    Kehilangan pendengaran adalah gejala umum penuaan, tetapi sebagian dari kita kehilangan pendengaran akibat daripada mendengarkan muzik yang telalu kuat melalui “headphone”.

Meskipun mendengar muzik dengan bunyi yang sederhana tidak menimbulkan kerosakan yang parah, sebuah kajian menunjukkan bahawa mendengarkan muzik dapat mempengaruhi pendengaran untuk sementara waktu. Sementara kajian lain mengatakan mendengar muzik yang terlalu kuat menyebabkan kerosakan pendengaran kekal. 


7. Terlalu Sedikit (atau Banyak) Senaman   |    Kekurangan senaman bukan hanya memendekkan umur, malah menambah risiko kegemukan dan sakit jantung. Senaman juga mencegah penyakit Alzheimer, meningkatkan mood dan tetap bertenaga.

Senaman meningkatkan peredaran darah ke kulit dan membuat anda tetap bercahaya dan tampak muda. Sebaliknya, terlalu kerap bersenam mengakibatkan sendi menjadi kaku dan menambah risiko radang sendi.


8. Sarung Bantal   | Jika anda sering tidur dengan salah satu sisi wajah yang sama, ini bisa menyebakan penambahan garis wajah dan kedutan.

Untuk tetap tampak muda, cuba tidur telentang atau mengganti sarung bantal dengan sutera atau satin untuk mengurangkan tekanan pada wajah dan menjaga kelembapan kulit wajah.


9. Sabun  |   Pasti ramai yang beranggapan bahawa sabun adalah “teman terbaik kulit”. Anggapan ini sama sekali tidak benar. Alasannya adalah, kulit mempunyai lapisan asid yang bertindak sebagai pelindung semulajadi.

Ketika anda membersihkan kulit menggunakan sabun yang umumnya mengandungi alkali, ini akan membuang lapisan pelindung yang mengandungi minyak tersebut dan seterusnya mengeringkan kulit. Akhirnya, kulit akan mongering dan berkedut.

Beralih kepada penggunaan sabun dengan PH-netral dan tanpa bahan kimia. Perlu diingat, jangan berlebihan membersihkan kulit.


10. Diet Rendah Lemak   |   Kebanyakan dari kita beralih kepada diet rendah lemak untuk mengurangi berat badan. Tetapi mengurangkan makan seperti lemak sihat Omega-3 memberi kesan negatif dan membuat anda cepat tua.


Omega-3 terdapat dalam minyak ikan, dan biji-bijian. Ia bukan hanya penting untuk menjaga kulit agar kekal anjal dan bebas kedutan, malah penting untuk kesihatan otak dan mengekalkan jantung dalam keadaan sihat dan juga memanjangkan umur anda.

- Izzah Razak
   http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

10 PEROSAK SENYUMAN

Senyuman yang cerah dengan deretan gigi putih dan rapi akan membuat seseorang terlihat lebih menarik. Menggosok gigi secara rutin saja ternyata tidak mencukupi untuk membuat gigi kekal putih dan sihat. Kenali faktor yang merosakkan senyum anda.




1. Sport Drink  |  Minuman ini semakin popular, tetapi jika anda mengidamkan gigi putih sebaiknya menghindarinya. Kajian menunjukkan kadar keasidan yang sangat tinggi menyebabkan kerosakan gigi. Selain itu, kandungan gula dalam minuman ini menjadi makanan bagi bakteria yang menghasilkan asid pada gigi.



2. Diabetes  |   Diabetes boleh mengurangkan kemampuan tubuh melawan jangkitan sehingga penderita diabetes lebih mudah menderita penyakit gusi. Memantau kadar gula darah serta rutin membersihkan gigi dapat mencegahnya.



3. Rokok  |    Merokok bukan hanya membuat gigi menjadi kuning tapi juga merosakkan gusi. Tar dalam rokok diketahui akan memicu pembentukan lapisan melekat pada gigi yang boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria.



4. Waktu Menggosok Tidak Tepat   |   Meski menggosok gigi selepas makan sangat digalakkan, tetapi sebaiknya anda menunggu satu (1)  jam untuk menggosok gigi setelah memenikmati minuman atau makanan dengan kandungan asid tinggi, seperti kopi, buah, soda, atau wine.



5. Makanan Manis  |    Gula-gula dan makanan manis sememangnya merosakkan gigi, namun asid yang dihasilkan saat kita mengecap gula mengakibatkan enamel gigi lebih tipis dan berisiko gigi berlubang. Untuk mencegahnya, segera berkumur dengan air setiap kali habis menikmati makanan manis.



6. Minuman Panas  |    Kopi dan juga teh mengandung tanin yang meninggalkan noda pada gigi. Kawal meminum minuman tersebut dan minum lebih banyak air putih. Menambahkan susu ke dalam minuman anda dapat membantu meneutralkan asid.



7. Softdrink   |    Minuman ini mengandung gula sangat tinggi sehingga jika sering diminum boleh mengakibatkan gigi berlubang, gigi tanggal, serta kesan kehitaman pada gigi. Apabila anda sangat ingin minum soda, sebaiknya gunakan penyedut minuman dan segera berkumur dengan air putih untuk meneutralkan asid di dalam mulut. 



8. Pil Pelangsing  |   Sama seperti ubat-ubatan lain, pil pelangsing juga menyebabkan pengaliran air liur berkurang sehingga mengakibatkan mulut lebih kering dan berisiko tinggi menderita sakit gusi, gigi berlubang, dan rasa tidak selesa.



9. Diet Ketat  |   Diet ketat dan pola makan yang buruk akan membuat tubuh kekurangan vitamin dan nutrisi yang diperlukan. Demi menjaga kesihatan gigi dan mulut, penuhi keperluan vitamin B, folat, protein, kalsium, dan vitamin C.



10. Arak  |    Waspadalah para pencinta arak kerana kebiasaan minum arak memberi kesan buruk kepada enamel gigi. Kandungan asid dalam arak diketahui dapat melarutkan struktur gigi dan merubah warna gigi.

- Izzah Razak
  fb: http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore

Tiroid



{Sharing}

Pada awalnya, saya tidak tahu yang saya ada penyakit tiriod. Badan berpeluh-peluh dan panas walaupun dlm keadaan sejuk dan duduk bilik berhawa dingin dengan suhu 16 -17 darja Celcius.

Saya kerap terasa haus yang amat sangat. 3 liter air sekejapan je saya boleh habiskan. Makan tak usah cakap, makan berapa banyak pun, tubuh saya semakin susut. Rambut semakin menipis banyak yang gugur.

Saya kerap sembelit. Dari berat 68kg, I lost 55kg! Sungguh mengejutkan. Hasil ujian darah mendapati T4 dan T3 sgt tinggi banding paras normal.

Selepas kes saya dirujuk kepada Dr. Razak Samsudin di Puteri Specialist, baru doktor kesan saya penghidap hipertiroid dari 2003 hingga 2012. Lama kan?

Bermulalah rutin harian saya mengambil carbimazole n propanolol tanpa henti. Sampai Dr. Razak further study ke Ireland selama setahun sudah balik pun saya masih sambung rawatan dengannya.
Selepas dari itu, saya baru mengkaji serba sedikit, tentang apa itu tiriod.

Apa itu TIROID?

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ia berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan, terutamanya berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Penyakit Tiroid terbahagi kepada 2 jenis:-
i) Hipertiroidisme/ Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

i) Hipertiroidisme
Berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 lebih tinggi daripada normal.

Antara penyebab Hipertiroidisme ialah:

- Grave's Disease - Antibodi dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya, pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak) - Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic Nodule Goitre - Kandungan iodin terlalu tinggi tinggi dalam makanan.

20 Simptom Tiroid Jenis Hipertiroidisme:
1- Bengkak di leher
2- Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
3- Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
4- Gementar dan gelisah, terketar2
5- Turun berat badan (walau selera naik)
6- Kesuburan menurun
7- Kurang Fokus
8- Mata menjadi besar (bulging)
9- Osteoporosis
10- Pengeluaran peluh yang banyak
11- Suhu badan naik, tak tahan panas
12- Rambut tidak kuat
13- Sukar bernafas,
14- Sukar tidur
15- Angin yang tidak menentu
16- Tekanan darah naik
17- Hipotiroidism
18- Kejang Otot
19- Cirit Birit
20- Lemah

ii) Hipotiroidism
Hipotiroidism merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ia disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Ia boleh meningkatkan risiko Obesiti, penyakit jantung dan kemurungan jika tidak dirawat

10 Simptom Tiroid Jenis Hipotiroidism:
1- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika haid
2- Kesukaran menurunkan berat badan walau melakukan pelbagai jenis senaman.
3- Masalah rambut kasar, kering & mudah putus.
4- Penambahan berat badan walaupun dengan senaman dan diet.
5- Kemurungan atau kegelisahan
6- Sembelit teruk
7- Kulit menjadi kasar dan berkuping
8- Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.
9- Faktor Genetik
10- Cepat letih

Jika terdapat simptom-sipmtom di atas pada diri anda, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

Antara suplemen yg sesuai adalah;
- B-Complex, Ostematrix, Vitamin C, Vitamin E & Zinc

Jika anda berminat dan ingin mengetahui berkenaan mana-mana produk Shaklee,boleh menghubungi saya di 017 7001749 (Fiza)

- Izzah Razak
  http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore